SJ-08-0084 :Petanda Malam al-Qadr dan tipu daya jin/syaitan?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0084 :Petanda Malam al-Qadr dan tipu daya jin/syaitan?

Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

Kedengaran beberapa kisah berkaitan petanda Malam al-Qadr ini begitu hebat diperkatakan di bulan Ramadhan sejak dari kecil hinggalah dewasa kini. Pelbagai kisah pelik dikaitkan dengan Malam al-Qadr antaranya pokok tunduk, angin sejuk, bintang berguguran, cahaya bulan menghampiri dll. Kesahihannya sangat boleh dipertikaikan kerana kisah2 ini dijaja ke tengah masyarakat oleh sesiapa sahaja, hatta ahli maksiat sekali pun.

Jikalah benar kisah2 ini berlaku menunjukkan petanda datangnya Malam al-Qadr dan diceritakan pula oleh seseorang yang baik akhlaqnya, adakah kemungkinan bahawa petanda2 itu ada campurtangan jin/syaitan yang mahu menjerat manusia?
Supaya insan mudah berpuas hati, supaya datang ujub, supaya syirik dll...

Mohon pencerahan.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-08-0084 :Petanda Malam al-Qadr dan tipu daya jin/syaitan?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

pertama, kami memohon maaf kerana lambat menjawab soalan akhi shahnor berkenaan lailatul qadar, yg sepatutnya dijawab pada bulan Ramadhan.

Memang lailatul qadr ada tanda-tandanya yang berlaku sebelum dan selepas malam itu. Tetapi kebanyakan hadis2 berkaitan tanda2 nya adalah tidak kuat.

Yang paling sahih ialah tanda yang disebut dalam Sahih Muslim, "Matahari pada paginya tiada pancaran baginya". (Muslim no: 762)

Adapun perkara-perkara ajaib yang berlaku kepada manusia, seperti melihat pokok sujud, mendengar bisikan dll, perkara luar biasa seperti ini boleh berlaku samada kepada orang yang soleh dan tidak soleh. Ia boleh jadi karamah, ataupun istidraj.

Untuk membezakan samada ia karamah atau istidraj, hendaklah dilihat keadaan seseorang itu sendiri. Jika dia seorang yang beriman, soleh, bertaqwa, maka ia adalah karamah yang diberikan oleh Allah. Kalau dia seorang yang fasiq, atau penyeru kepada bidaah, atau kafir sekalipun, maka ia adalah dari syaitan ataupun ia satu bala dan Allah dan ujian dari ALlah Taala.

Wallahu Taala A'lam.