SJ-08-0130 : Pembayaran fidyah : Tarik-Sorong bantal

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0130 : Pembayaran fidyah : Tarik-Sorong bantal

:salam

Moga dirahmati Allah...

Persoalan mengenai pembayaran fidyah puasa...byk berlaku di pondok2 iaitu dinisbahkan amalan tersebut kepada tok2 guru...iaitu amalan pembayaran fidyah sorong bantal (tolak-tarik-tolak-tarik)..

Sebagai cth amalan tersebut ialah...si Mamat tinggal puasa sebanyak 7 hari...dan fidyahnya 7 cupak beras...tapi ia mempunyai hanya 1 cupak saja...maka ia menunaikan fidyah puasanya dengan cara seperti berikut:

1) si Mamat akan beri 1 cupak kepada seorang fakir atas akad menunaikan fidyah...manakala si fakir menerima 1 cupak beras tersebut...maka sudah tertunailah 1 cupak tersebut utk ganti 1 hari puasa...
2) kemudian...si fakir akan akad hibah/sedekahkan kembali kepada si Mamat 1 cupak tersebut...dan 1 cupak tersebut kembali menjadi hak milik si Mamat....
3) si Mamat kembalikan 1 cupak tersebut kepada si fakir atas akan akad seperti di para 1....dan si fakir akan kembalikan semula 1 cupak tersebut kepada si Mamat dengan akad seperti di para 2...
4) dan begitulah seterusnya...sehingga selesai 7 hari utk fidyah sebanyak 7 cupak tersebut....

Persoalan yg timbul...
1) adakah amalan pembyrn/menunaikan fidyah ada seperti ini??...adakah ia helah?
2) amalan ini disandarkan kepada tok2 guru pondok...apakah sumber ambilan dalil dan hujah mereka?
3) terlaksanakah/tertunaikah fidyah tersebut dengan cara begini?
4) bagaimanakah cara yg tepat utk menunaikan fidyah?..

Terima kasih atas keperihatinan para panel sekalian..sekian...:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Pembayaran fidyah : Tarik-Sorong bantal

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Kaedah yang digunakan diatas ini tidak menepati roh pemberian fidyah puasa. Seseorang yang tidak mampu berpuasa atau tidak sempat menqadha' puasa yang lalu sehingga datang kepada Ramadhan yang baru (sila lihat perbincangan khas mengenai fidyah pada tautan dibawah), dikenakan fidyah (samada fidyah, atau fidyah dan berpuasa) keatasnya yang hanya diberi kepada golongan fakir dan miskin sahaja.

SJ-08-0109 : Puasa dan Fidyah
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=36980

Hakikat fidyah itu sendiri adalah pengganti amalan diri kepada mereka yang tidak mampu berpuasa (terlalu uzur, dan memudharatkan diri), disamping membantu orang fakir dan miskin. Firman Allah swt :

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
"dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” [al-Baqarah 2:184]

Didalam situasi diatas, kalau penerima fidyah memberikan kembali sebagai hadiah kepada pemberi fidyah, dan dilakukan tanpa meletakkan syarat, maka hukumnya harus (boleh). Akan tetapi, jika si pemberi (si Mamat) meletakkan syarat, selepas aku bagi fidyah, engkau kena hadiahkan kepada aku kembali, maka ini tidak dibenarkan! Begitu juga dengan memberi zakat kepada seseorang yang berhutang dengannya, dengan harapan orang tersebut memberikan kembali wang tersebut kepadanya atas dasar membayar hutang. Berkata Imam Nawawi rh :-

أَمَّا إذَا دَفَعَ الزَّكَاةَ إلَيْهِ بِشَرْطِ أَنْ يَرُدَّهَا إلَيْهِ عَنْ دَيْنِهِ فَلَا يَصِحُّ الدَّفْعُ وَلَا تَسْقُطُ الزَّكَاةُ بِالِاتِّفَاقِ
"Akan tetapi jika dia memberi zakat dengan mengenakan SYARAT bahawa dia akan pulangkan balik kepadanya sebagai bayaran hutang, transaksi ini TIDAK Sah dan Zakat tidak terangkat menurut sepakat ulama" [al-Majmu Sharh Muhazzab, 6/198].

Cara untuk memberi fidyah :

a. Samada memberi makanan yang telah di masak kepada Fakir atau Miskin atau;

b. Memberi makanan tersebut secara mentah.
--------------

Kami ingin menarik perhatian mengenai situasi si-mamat yang anda sebut, hanya mampu memberi secupak sahaja! Ini jelas menunjukkan si-mamat juga seorang yang miskin. 2 cara untuk menyelesaikan masalahnya :-

1. Jika dia mampu berpuasa qadha', teruskan berpuasa sahaja. Tidak perlu membayar fidyah, kerana hukum mengeluarkan fidyah ini khilaf ulama'. Dia dibenarkan mengikut pandangan ulama' yang mengatakan tidak wajib fidyah, lebih-lebih lagi si Mamat ini orang miskin.

2. Jika dia sakit yang tiada harapan sembuh, dengan kata lain dia tidak berkemampuan untuk berpuasa, sudah pasti dia memerlukan 1 cupak ini untuk makanan harian. Dia juga tidak mendapat bantuan keluarganya, maka disini, fidyah juga tidak wajib keatasnya. Memadai beliau memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt. Firman Allah swt :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" [surah al-Baqarah : 286].

Lakukan yang mana termampu. Jika si mamat ini mempunyai anak, bolehlah dia berpesan kepada anak untuk mengqadha'kan puasanya yang tertinggal. Hukumnya mustahab sahaja (digalakkan, bukan wajib). Agama Islam tidak memaksa umatnya melakukan apa yang kurang dari kemampuannya.

Nasihat kepada si mamat itu agar memperbanyakkan solat sunnat dan banyak berzikir sambil memohon pengampunan Allah swt. Didalam bab solat pula, tidak ada kompromi, solatlah cara mana yang dia mampu didalam keadaan uzurnya. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين