SJ-09-0020 : hukum onani ketika haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0020 : hukum onani ketika haji

Assalamualaikum
saya ingin bertanya.

kita sedia maklum bahawa ketika menunaikan haji, kita dilarang bersetubuh, bagaimana pula sekiranya seseorang lelaki melakukan onani/melancap dgn tangannya, adakah dia dikenakan sebarang dam/hukuman?

apakah dam/denda/hukuman sekiranya :

1) dia melakukan perbuatan tersebut sblm tahallul awwal
2) dia melakukan perbuatan tersebut slps tahallul awwal dan sebelum tahallul thani

SJ-09-0020 : hukum onani ketika haji

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hukum onani atau istimnaa' semasa didalam Ihram merupakan perkara yang diperselisihkan diantara ulama'. Jumhur ulama' menyatakan bahawa onani seorang Muhrim (Muslim dalam Ihram) samaada dengan tangan, khayalan atau melihat wanita dengan ghairah tidak membatalkan Haji atau Umrah, tetapi memerlukan seseorang itu membayar dam. Mereka mengkelaskan kesalahan onani seperti mencium atau mengauli isteri tanpa bersetubuh, dimana Hajinya tidak batal. Larangan ini sebagaimana firman Allah swt :-

ÇáúÍóÌøõ ÃóÔúåõÑñ ãóÚúáõæãóÇÊñ Ýóãóäú ÝóÑóÖó Ýöíåöäøó ÇáúÍóÌøó ÝóáóÇ ÑóÝóËó æóáóÇ ÝõÓõæÞó æóáóÇ ÌöÏóÇáó Ýöí ÇáúÍóÌøö æóãóÇ ÊóÝúÚóáõæÇ ãöäú ÎóíúÑò íóÚúáóãúåõ Çááøóåõ æóÊóÒóæøóÏõæÇ ÝóÅöäøó ÎóíúÑó ÇáÒøóÇÏö ÇáÊøóÞúæóì æóÇÊøóÞõæäö íóÇ Ãõæáöí ÇáúÃóáúÈóÇÈ
dir="ltr">"(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). " [al-Baqarah : 197]

Ibn 'Abbas berpegang kepada pendapat bahawa seseorang itu dikenakan dam dan hendaklah menyembelih seekor kambing. Mujahid berkata bahwa ada seorang lelaki mendatangi Ibn 'Abbas dan berkata kepadanya : Wanita si-pulan si-pulan telah datang kepadaku dengan solekkannya semasa aku dalam keadaan Ihram. Aku tidak dapat mengawal diriku, lalu air mani telah keluar. Ibn 'Abbas ketawa sehingga dia terjatuh dari tempat duduknya dan berkata : "Kamu ini terlalu ghairah. Tidak batal, akan tetapi kamu hendaklah menyembelih seekor kambing. Haji kamu telah lengkap." [Diriwayatkan oleh Sa'id Ibn Mansur].

Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Haji seseorang yang melakukan onani dengan tangan tidak batal, tetapi wajib dam keatasnya. Akan tetapi bagi Mazhab Maliki, perbuatan tersebut membatalkan Haji, dikenakan dam dan perlu mengqada' Haji pada tahun hadapannya.

Jika keluar mani disebabkan berfikir/khayal atau melihat dengan ghairah, Mazhab Maliki mengatakan batal Haji; akan tetapi jika ia disebabkan oleh perbuatan yang tidak sengaja, Mazhab Maliki mengatakan Haji tidak batal, tetapi memerlukan seseorang itu membayar dam. Menurut Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali, onani yang disebabkan oleh fikiran atau memandang secara ghairah tidak membatalkan Haji. Menurut Hanafi dan Syafie, dam juga tidak dikenakan. Walaubagaimanapun, Mazhab Hanbali berpegang kepada pendapat bahawa dam dikenakan akibat melihat seseorang secara ghairah.

Berikut kami paparkan teks arabnya :

þáÇ íÝÓÏ ÇáÍÌ ÈÇáÇÓÊãäÇÁ ÈÇáíÏ ÚäÏ ÇáÍäÝíÉ æÇáÔÇÝÚíÉ æÇáÍäÇÈáÉ þ¡þ áßä íÌÈ Ýíå Ïã þ¡þ áÃäå ßÇáãÈÇÔÑÉ ÝíãÇ Ïæä ÇáÝÑÌ Ýí ÇáÊÍÑíã æÇáÊÚÒíÒ þ¡þ ÝßÇä ÈãäÒáÊåÇ Ýí ÇáÌÒÇÁ þ.þ æíÝÓÏ ÇáÍÌ Èå ÚäÏ ÇáãÇáßíÉ þ¡þ æÃæÌÈæÇ Ýíå ÇáÞÖÇÁ æÇáåÏí æáæ ßÇä äÇÓíðÇ þ¡þ áÃäå ÃäÒá ÈÝÚá ãÍÙæÑ þ.þ þ

þæÇáÚãÑÉ Ýí Ðáß ßÇáÍÌ ÚäÏ ÇáÍäÝíÉ þ¡þ æÇáÔÇÝÚíÉ æÇáÍäÇÈáÉ þ¡þ æåæ ãÇ íÝåã ãä Úãæã ßáÇã ÇáÈÇÌí ãä ÝÞåÇÁ ÇáãÇáßíÉ þ¡þ áßä ÙÇåÑ ßáÇã ÈÚÖ ÇáãÇáßíÉ Ãä ãÇ íæÌÈ ÇáÝÓÇÏ Ýí ÇáÍÌ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍæÇá ãä æØÁ æÅäÒÇá íæÌÈ ÇáåÏí Ýí ÇáÚãÑÉ þ¡þ áÃä ÃãÑåÇ ÃÎÝ ãä ÍíË ÅäåÇ áíÓÊ ÝÑÖðÇ þ.þ þ

þÃãÇ ÇáÇÓÊãäÇÁ ÈÇáäÙÑ æÇáÝßÑ ÝÅäå íÝÓÏ ÇáÍÌ ÚäÏ ÇáãÇáßíÉ þ¡þ ÈÇÓÊÏÚÇÁ Çáãäí ÈäÙÑ Ãæ ÝßÑ ãÓÊÏÇãíä þ¡þ ÝÅä ÎÑÌ ÈãÌÑÏ ÇáÝßÑ Ãæ ÇáäÙÑ áã íÝÓÏ¡ æÚáíå åÏí æÌæÈðÇ þ¡þ æÓæÇÁ ÃßÇä ÚãÏðÇ Ãã ÌåáÇð Ãã äÓíÇäðÇ þ.þ æáÇ íÝÓÏ Èå ÇáÍÌ ÚäÏ ÇáÍäÝíÉ æÇáÔÇÝÚíÉ æÇáÍäÇÈáÉ þ¡þ æáÇ ÝÏíÉ Ýíå ÚäÏ ÇáÍäÝíÉ æÇáÔÇÝÚíÉ þ¡þ æÚäÏ ÇáÍäÇÈáÉ ÊÌÈ ÇáÝÏíÉ Ýí ÇáäÙÑ þ¡þ æÃãÇ ÇáÊÝßíÑ ÝÇäÝÑÏ ÈÇáÝÏíÉ Ýíå ÈÚÖ ÇáÍäÇÈáÉ þ.þ

dir="ltr">

Kesimpulannya, Jumhur ulama' mengatakan tidak batal Haji (kecuali Mazhab Maliki) jika melakukan istimnaa' dengan tangan tetapi dikenakan dam. WA.

Sekian, wassalam

========

1. ÃËÑ ÇáÇÓÊãäÇÁ Ýí ÇáÍÌ æÇáÚãÑÉ
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528610808

خيرالأمين