Assalamualaikum...
Ingin minta pandangan & hukum dari ustaz ttg situasi dibawah :
1- Sseorang mempunyai sebidang tanah pusaka. Jika nak mengharapkan pendapatan harian,dia tak dapat pergi haji.Lalu menjual tanah pusaka tersebut.
2- 5 orang anak telah berpakat untuk membuat pinjaman Bank sebanyak RM10,000 untuk membiayai emak mereka untuk ke Mekah (haji).
Soalan : Adakah 2 situasi diatas menghukum mereka WAJIB pergi ke Mekah walaupun terpaksa meminjam/menjual tanah?
minta pencerahan dari ustaz
Syukran ::wink:
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáìÂáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1- Dia tidak wajib menjual tanah tersebut jika mempunyai keperluan dalam pemilikan tanah itu. Contohnya, jika tanah tersebut digunakan untuk didirikan rumah, atau untuk disewa, atau untuk bercucuk tanam dan keperluan-keperluan lain.
Jika pemilikan tanah tersebut bukan keperluan asas kehidupannya, dan ia merupakan satu lebihan harta dirinya, maka wajib menjualnya sekiranya tidak ada cara lain untuk pergi haji melainkan dengan menjualnya. (Fatwa Lajnah Daemah: 11/36)
2- Tidak wajib berhutang untuk menunaikan haji. Di dalam Musnad Syafie (m/s109), daripada Ibn Abi Aufa r.a:
ÓÃáÊå Úä ÇáÑÌá áã íÍÌ ÃíÓÊÞÑÖ ááÍÌ ÞÇá áÇ
Maksudnya: Aku bertanya baginda (Rasulullah SAW) tentang seorang lelaki yang belum haji, adakah perlu berhutang untuk haji? Jawab baginda: Tidak.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com