SJ-09-0030 : Lanjutan tawaf-masalah keputihan, dll

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0030 : Lanjutan tawaf-masalah keputihan, dll

Assalamualaikum.
Ustaz Kamin,
Terima kasih kerana reply cepat.

Bagi org yg most of the time keluar keputihan, dia ready,lakukan yg patut di tempat penginapan lagi. Masalahnya kalau tempat penginapan itu agak jauh, 500 m, berjalan kaki ke Masjidil Haram dan tidak kentut.

Terfikir pula, perlu ke check samada keluar/tidak keputihan itu dahulu sebab dah berjalan kaki agak lama ATAU terus sahaja tawaf seperti dalam jawapan.

T kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0030 : Lanjutan tawaf-masalah keputihan, dll

Wa’alaikumusalam

Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Masalah keputihan, kentut yang tidak putus-putus atau kencing yang tidak lawas, kesemua ini boleh menggunakan kaedah hokum yang sama, sepertimana yang di nyatakan oleh al-Fadhil Ustaz al-Jawhar. Berikut kami ringkaskan fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daemah Arab Saudi :

a. Keluar keputihan, kentut tidak putus2, hukumnya sama dengan kencing tidak lawas.

b. Dia hendaklah membersihkan dirinya dan memakai apa sahaja jenis perlindungan, seperti pampers, agar pakaiannya tidak terkena, dan tempat solat juga tidak dikotori.

c. Hendaklah mengambil wudhu’ pada setiap kali waktu solat, kemudian lakukanlah apa-apa ibadat yang memerlukan taharah (suci) seperti tawaf, sehinggalah tamat waktu tersebut.

d. Didalam jangkamasa ini, tidak kiralah cecair tersebut keluar atau tidak, anda boleh terus melakukan tawaf dsb. Tidak perlu check.

(Lihat Fataawa al-Lajnah al-Daemah, 5/408).

Menyedari hakikat ini, hendaklah seseorang yang menghadapi masalah ini merancang waktunya ke masjid. Sebelum melakukan solat yang lagi satu, dia dikehendaki membersihkan kembali dirinya dan memperbaharui wudhu’nya.

Perancangan yang rapi perlu dilakukan didalam musim Haji kerana masjid dan juga tandas di masjid sesak. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين