SJ-09-0037 : Tunai Haji melalui skim pinjaman

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0037 : Tunai Haji melalui skim pinjaman

boleh menunaikan haji melalui pinjaman seperti kata seorang penceramah baru-baru ini?

SJ-09-0037 : Tunai Haji melalui skim pinjaman

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Firman Allah swt :-

æóáöáøóåö Úóáóì ÇáäøóÇÓö ÍöÌøõ ÇáúÈóíúÊö ãóäú ÇÓúÊóØóÇÚó Åöáóíúåö ÓóÈöíáÇ
dir="ltr"> “Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya …”[Aal ‘Imraan 3:97]

Ayat ini menjelaskan bahawa KEMAMPUAN merupakan salah satu dari kondisi yang mewajibkan Haji kepada seseorang. Seseorang yang tidak cukup wang untuk menunaikan Haji, ibadat Haji tidak wajib keatasnya. Agama Islam tidaklah membeban umatnya sehingga disuruh berhutang untuk menunaikan Haji.

Namun demikian, ibadat Haji seseorang yang meminjam wang adalah sah. Syeikh Ibn Utsaimin rh pernah ditanya mengenai hal ini, beliau menjawab :-

“Mereka tidak sepatutnya melakukan ini. Ini adalah kerana seseorang insan tidak wajib keatasnya Haji jika dia mempunyai hutang. Maka bagaimana pula jika dia membuat pinjaman untuk menunaikan Haji? Aku berpandangan dia tidak perlu meminjam untuk pergi menunaikan Haji! Kerana sesungguhnya Haji didalam keadaan ini tidak wajib keatasnya. Maka hendaklah dia menerima ruhsah (kelonggaran), keluasan dan rahmat Allah yang diberi kepadanya, dan tidak membebankan dirinya dengan hutang yang dia sendiri tidak tahu samada boleh bayar atau tidak? Kemungkinan dia akan mati dan tidak dapat membayarnya dan menjadikan hutang yang tertanggung” [Majmu’ Fataawa Ibn Utsaimin, 21/93].

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan tidak wajib bagi seseorang itu meminjam wang untuk menunaikan Haji, akan tetapi jika dia pasti dia boleh membayar balik tanpa membebankan dirinya dan keluarga, maka ianya dibenarkan.

Haji orang yang berhutang tetap sah jika ditunaikan dengan sempurna. Persoalannya sekarang adalah, bagaimanakah bentuk dan syarat skim bayaran balik bagi bakal-bakal Haji tersebut yang mati di Arab Saudi? Apakah statusnya berhutang atau syarikat tersebut mengganggap hutang tersebut hangus? Jika syarikat kewangan tersebut masih menganggap perkara tersebut sebagai hutang, maka ia akan membebankan lagi kepada waris yang tinggal. Mekanisme ini yang perlu diselesaikan dahulu sebelum mewujudkan skim pinjaman Haji. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين