SJ-10-0029 : Mengambil upah Penyembelihan Korban

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0029 : Mengambil upah Penyembelihan Korban

a'kum
Ingin bertanya,
adakah boleh penyembelih lembu-lembu Korban mengambil upah berbentuk wang diatas kerja-kerja penyembelihan yang dilakukan dan betulkah tulang-tulang dari lembu Korban perlu di tanam ?
sekian.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0029 : Mengambil upah Penyembelihan Korban

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr azemi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Apa yang dilarang ialah memberi daging korban kepada si-penyembelih dan pelapah sebagai upah kepada kerja yang mereka lakukan. Dari Ali ra. katanya :

ÃãÑäí -Õáì Çááå Úáíå æÓáã- Ãä ÃÞæã Úáì ÈÏäå æÃä ÃÞÓã áÍæãåÇ æÌáæÏåÇ æÌáÇáåÇ Úáì ÇáãÓÇßíä¡ æáÇ ÃÚØí ÇáÌÒÇÑ ãäåÇ ÔíÆÇ¡ æÞÇá: äÍä äÚØíå ãä ÚäÏäÇ
"Baginda memerintahkan aku mensedekahkan daging kepada mereka2 yang memerlukan (orang miskin), kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu . Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) apa-apa pun darinya. Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri" [Hadith Riwayat al-Bukhari : al-Haj #1717, Muslim : al-Haj #1317, Abu Daud : al-Manasik #1769, Ibn Maajah : al-Manasik #3099 dan Ahmad 1/154).

Berkata Syekih ibn Jibrin :

Åä ÇáÌÒÇÑ ÇáÐí íÐÈÍåÇ æíÓáãåÇ æíæÒÚåÇ æíÞÓã áÍæãåÇ áÇ íÚØì ÃÌÑÊå ãäåÇ¡ Èá íÚØì ãä ÛíÑåÇ¡ æÅä ÃÚØÇå ãäåÇ Ýíäæíå ÕÏÞÉ Ãä ßÇä ãä Ãåá ÇáÕÏÞÉ¡ Ãæ åÏíÉ Ãä áã íßä ãä Ãåá ÇáÕÏÞÉ
"Si-penyembelih yang menyembelih, menghantar, mengagihkan, membahagi-bahagikan daging tidak diberi upah dari daging tersebut, akan tetapi diberi upah dari sumber lain, dan boleh juga diber kepada mereka dengan niat sedekah, iaitu jika mereka itu dikalangan mereka2 yang menerima sedekah, atau sebagai hadiah, jika mereka itu bukan dari kalangan yang layak menerima sedekah." [Fatwa Syiekh Ibn Jibrin : http://www.ibn-jebreen.com/controller?action=PageViewer&model=PageModel&finder=pk&pageID=2558&tocID=2756&CategoryID=3]

Ulama' juga berpendapat bahawa memberikan daging korban sebagai upah akan merosakkan ibadat korban tersebut, kata Dr Mustafa al-Bugha :-

æáßä áíÓ áå Ãä íÈíÚå Ãæ Ãä íÚØíå ááÌÒÇÑ ÃÌÑÉ ÐÈÍå¡ áÃä Ðáß äÞÕ ãä ÇáÃÖÍíÉ íÝÓÏåÇ.
"Akan tetapi tidak boleh mereka (yang melakukan korban) menjual atau memberi daging tersebut kepada penyembelih/pelapah sebagai upah penyembelihannya, kerana sesungguhnya itu akan mengurangkan dan merosakkan korbannya" [al-Fiqh al-Manhaji, 1/236].

Kesimpulan yang boleh diambil :-
a. Orang yang melakukan korban tidak boleh menjual daging korban tersebut.
b. Tidak boleh mengupah orang yang menyembelih dan melapah daging tersebut dengan menggunakan daging korban.
c. Upah hendaklah dikeluarkan dari hartanya (bayaran wang) yang lain.
d. Boleh memberi sedekah atau hadith kepada penyembelih dan pelapah bukan dengan niat Upah.

Sila lihat artikel Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai larangan memberi upah dengan daging korban :-

Larangan Menjadikan Bahagian Korban Sebagai Upah
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=12300

Mengenai wajib menanam anggota2 binatang yang dikorbankan tidak pula dijumpai dalil atau nas khusus mengenainya. Kemungkinan besar adalah kerana keseluruhan badan binatang korban ini adalah hasil dari perlaksanaan ibadat korban dimana segala kulit, tulang, tanduk, dagingnya tidak boleh lakukan jualan (tetapi boleh dimunafaatkan oleh mereka yang melaksanakan ibadat tersebut). Bagi mengelakkan ia dari diperdagangkan, kemungkinan besar ada dikalangan mereka yang meletak kaifiat-kaifiat menanam anggota sembelihan korban tersebut. Wallahu'alam.

wassalam

خيرالأمين