SJ-10-0032 : termakan makanan haram

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0032 : termakan makanan haram

saya nak tanya satu soalan..situasinya begini..

(ada member kepada member saya)

- member aku tanya
- die pergi lunch
- pasti ade crisp kat situ
- bila dah lantak baru die perasan yg crisp tu bacon flavoured

jadi, apa yang perlu dia buat?

1. Kalau baru je lepas makan, perlukah dia memuntahkan semula makanan dia itu?

2. Kalau makanan tu dah terhadam baru tersedar, apa yang perlu dia buat?

wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0032 : termakan makanan haram

Islam mudah lagi memudahkan....

[takhrij thtl: maksud Islam itu mudah, al-Islam yusr:

AQT 2:185 (Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesulitan bagimu)
alhadith: alBukhari dari Abu Hurayrah, " agama itu mudah dan tidak seorang pun yang mempersulit-sulit agama, kecuali akan dikalahkan oleh agama." (sahih Bukhari #38)

Kalau dia dah termakan, itu dah dikira dia tak tahu dan tak sengaja..tak perlu dimuntahkan lagi. itu akan menyusahkan dirinya. kalau masih dalam mulut, memang kena luahkan. tapi kalau dah telan, kemudian baru tahu. itu masuk dalam keadaan kita tak tahu. bukan sengaja.

[takhrij: HR Daruqutni dari Tsauban:
diangkat (hukum) dari ummatku jika tidak sengaja, lupa atau dipaksa" (sahih aljami' alsaghir lil al-albani #4461)]

wallahu a'lam