SJ-10-0051 : Uri kambing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0051 : Uri kambing

kawan sy ada membeli pil yg dibuat dari uri kambing soalanya adakah ia halal untuk dimakan pil itu sekadar untuk relaxing

SJ-10-0051 : Uri kambing

al-Jawab:

Betul ke makan pil Uri Kambing tu boleh membawa kepada mood relaxe?

Kalau ikut madzhab Syafi'iy, pil uri tu mesti ada sijil Halal. Kalau Badan Persijilan Halal spt Halal-Jakim meluluskan, maka bolehlah. Ini kerana uri yang keluar semasa kambing melahirkan anak, dianggap najis dalam madzhab Syafi'iy. Maka najis tidak boleh dijadikan bahan ubat. Kerana menurut akal sihat, najis tidak bisa dijadikan ubat.

Kalau ikut madzhab Hanafi, pil yang dihasilkan dari najis tapi najis itu sudah hilang sifatnya kerana proses yang kompleks dan zat najis itu sudah berubah, maka ia halal. Proses hilangnya dzat najis itu menjadi suatu bahan (zat) yang baru dinamakan al-istihalah. (Ibn Abidin, Radd alMukhtar (1/217) P/N: Proses istihalah sekarang dinamakan proses Bioteknologi.

Imam Ibn Taymiyah (MF, 21/611) mentarjih, pendapat Hanafiah adalah benar.