SJ-10-0118 : Hukum memakan sisa makanan anak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0118 : Hukum memakan sisa makanan anak

Assalamualaikum w.r.t,

Saya ingin bertanya mengenai kesahihan amalan yang menyatakan
bahawa makanan lebihan dari anak kita sendiri tidak baik untuk kita
habiskan kerana di bimbangi anak-anak tersebut apabila mereka besar
nanti ada kecenderungan untuk tidak menghormati ibu-bapa mereka. Ini
kerana selama ini saya cuba mengelakkan makanan tersebut dari membazir
dan saya akan cuba habiskan walaupun makanan tersebut daripada lebihan
makanan anak saya sendiri. Harap ada jawapan daripada bijak pandai sekalian. Jazakallah..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0118 : Hukum memakan sisa makanan anak

:salam

Sepanjang pencarian kami , kami tidak menjumpai adanya sandaran atau dalil Sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah , bahawa memakan lebihan makanan anak-anak akan menyebabkan anak tersebut tidak akan menghormati ibu bapanya diwaktu dewasa kelak.Apa yang jelas ianya mungkin berasal dari pegangan orang-orang terdahulu yang llebih bersandarkan kepada logik akal dan adat setempat.

Malahan , sesungguhnya ibu bapa yang menghabiskan lebihan makanan anak-anaknya itu dianggap satu perbuatan yang baik dan terpuji lantaran tidak mahu termasuk dikalangan orang-orang yang membazir.

Apa yang terbaik ialah dengan mendidik dan mengajar anak-anak kita agar membiasakan diri untuk menghabiskan setiap makanan yang dimakan dan menjauhi sifat membazir yang merupakan amalan syaitan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com