SJ-11-0016 : ASB lagi

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0016 : ASB lagi

Assalamualaikum...

Kepada panel2 al-ahkam...

Ana cuber cari arkib soalan berkenaan ASB ( Amanah Saham Berhad )...

tapi..............

tak jumper...

hmmm

soalan ana begini...

1. Apakah benar ASB tuh HARAM...
2. Kenapakah ia dikatakan HARAM...

itu sahaja terima kasih :P

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0016 : ASB lagi

:salam

Berikut jwpn yg diberikan jawatankuasa syariah Perak. WA.

----------

Soalan :

Tuan,

Disini saya ada sedikit kemushkilan berkenaan status ASB/N samada HARAM atau HALAL disisi syarak. Saya telah bertanya kepada banyak pihak termasuklah pada suruhanjaya sekuriti. Namun maklumbalas yang saya terima masih tidak memuaskan. Jadi diharapkan pihak tuan dapat memberikan maklumbalas yang sewajarnya. Segala penjelasan tuan amatlah saya hargai.

Jawapan :
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1
Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasanalasan
syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala
keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi
membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang
bermuamalah. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat
dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek
ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0016 : ASB lagi

Salam,

Bismillah wa hamdalillah,

Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-

Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram)
2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.

Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?

dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .

sekian, wallahu a'lam.

UZAR

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0016 : ASB lagi

salam ,

Disertakan jawapan saya sekali lagi, yang pernah saya berikan di web ahkam.net untuk perhatian pembaca. di tambaha dengan komentar tambahan saya tentang isu ini.

Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah2 ianya jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu a'lam.

Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang kurang tepat. Bagi yang boleh membaca teks bahasa arab, sila buka di

http://www.zaharuddin.com/Maqasid%20Shariah.htm

atau baca ringkasan tulisan saya ini

Quote:
Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan ‘maslahat’ ;-

Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan masalahat adalah :-
1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan sekelompok tertentu.
2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian jauh dan lemah.
3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti.

Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan ‘dhawabid’ berikut :-
1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya seperti berikut :-

1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat.
2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat’ie Dalalah dari al-Quran.
3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat’ie Dalalah dan thubut dari Hadith.
4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih.
5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya.

Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Berikut pula jawapan lepas saya di ahkam.net utnutk bacaan :-

Quote:
Salam,

Bismillah wa hamdalillah,

Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-

Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram)
2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.

Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?

dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .

sekian, wallahu a'lam.

UZAR

adapaun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apa pun terjadi, maka ia tidak menepati shariah.

Sila baca tulisan saya yang berikut berkenaan isu ini :-

Quote:
Jaminan wang modal tidak lupus :

Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada’ as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-

a) Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib’ ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b) Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)

Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan ASB.

Harap ianya dapat menjelaskan isu ini.

sekian

ust zaharuddin abd rahman
8 syawwal 1427 H
31 Okt 2006