SJ-11-0024 : refund barang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0024 : refund barang

bismillah

:salam

saya ada satu persoalan disini tentang merefund barang. Situasinya begini. benda ni dah lama tapi saya takut nanti timbul pula jd. saya nak tau apa yg patut saya ckp kat depa.

Kawan saya nak balik m'sia jadi dia kena bersihkanlah apartment dia. Jadi dia beli vacuum yg power mmg mahallah utk cuci carpet. pastu dah habis cuci dah, dia refund balik vacuum tu kat tmpt yg dia beli. Saya rasa itu tak betul. Tp apa perlu saya ckp kat depa nak kata tu tak betul?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: refund barang

:wassalam

1. Refund Policy (Polisi barangan dikembalikan) di USA adalah suatu yg menakjubkan, misalnya pasaraya spt Sears Roebuck, WalMart, K-Mart, dsbnya memberi 90-Day Money Back Guarantee (Jaminan Wang akan dikembalikan dalam masa 90 Hari) kepada barangan yg dibeli dari pasaraya mereka. Motto atau Slogan mereka ialah " Our Return Policy is We will Refund with smile, No Question ask" (Polisi mengembalikan barang ialah Kami akan mengembalikan wang anda dgn senyuman dan tanpa sebarang soalbalas). Ini menunjukkan budaya dan peradaban mereka yg tinggi.

2. Maka mana-mana orang yg membeli dan ingin refund di USA adalah bebas dan syarikat atau pasaraya di sana tidak bertanyakan niat dan kenapa pelanggan memulangkan barangan mereka.

Maka dalam hal ini, kita tidak perlu mempersoalkan mana-mana orang yg membeli dan ingin refund semula.

Ia sama juga dengan sikap orang Amerika kepada orang lain. Misalnya mereka menyerang Iraq atas alasan ingin mencari WMD. Sedangkan seluruh dunia tahu Iraq tidak ada WMD, maka serangan itu adalah jelas utk kepentingan Israel. Amerika juga amat kuat mendokong Israel kerana katanya melindungi Israel dari keganasan palestine, sedangkan hakikantnya Palestinelah yg perlu dibela. Jadi jika Amerika pun mengguna dasar cakap tak serupa bikin, maka biarlah pelajar kita di sana mengembalikan dasar yg sama kepada mereka atas polisi yg mereka cipta sendiri. Walaupun anda tahu kawan2 anda itu tidak jujur dalam membeli dan Refund alat Vacuum itu, tapi itulah juga sikap Amerika dgn dasar kapitalisnya kepada umat Islam sejak akhir-akhir ini. sekian