SJ-11-0035 : trading account

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0035 : trading account

:salam

sebuah syarikat bank menawarkan online stock trading. Tapi utk memulakan online trading kena ada akaun dgn syarikat bank tersebut. Akaun tersebut ialah akaun konvensional. Menurut eksekutif bank tersebut, jika jumlah dlm akaun di bawah RM5000, interest tidak akan dibayar. Setakat ini islamik akaun utk online trading belum ditawarkan lagi katanya.

Berdosakah jika seseorang membuka akaun dgn bank tersebut dan memastikan bahawa jumlahnya sentiasa di bawah RM5000? Dia memilih utk membuka akaun tersebut kerana mudah utk trading dlm stock market. Mohon panel feqh agar dapat membantu.

:aklam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0035 : trading account

:wassalam

alJawab:

Ia kembali kepada hukum bank konvensional sebelum adanya perbankan Islam di Malaysia spt sekarang.

Fatwa masa itu ialah umat Islam harus menyimpan dalam akaun perbankan ribawiyah asalkan ribanya kita salurkan kepada kebajikan.

Maka dalam kes anda, samalah spt dulu juga. jika akaun jenis Online ini belum ditawarkan oleh perbankan syari'ah, maka anda dibolehkan membuka akaun dgn perbankan ribawiyah asalkan anda tidak ambil dan memakan faedahnya. Duit faedah itu hendaklah disalurkan kepada kebajikan. (Fatwa alQardhawi/hukum menyimpan dalam akaun riba)

Dalilnya:

" b/siapa yg terpaksa, dalam keadaan tidak ingin dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosanya" AQT: 2:173

sekian