SJ-11-0039 : zakat untuk duit yang x boleh guna lagi...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0039 : zakat untuk duit yang x boleh guna lagi...

assalamualaikum panelis ahkam sekelian...

saya nak bertanyakan mengenai wang kita contohnya yang masih lagi dalam kwsp. wang ni x boleh pakai lagi selagi tidak berhenti kerja. tapi ada org kata, walaupun kita x boleh pakai, duit tu dah lama cukup nisab, dah lama cukup haul, kita kena keluarkan zakat bagi duit carumah kita sahaja, tidak termasuk caruman majikan...?

kalau camtu, camna pulak dengan duit fixed deposit, duit insuran...

harap dapat penjelasan...

tima kasih...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0039 : zakat untuk duit yang x boleh guna lagi...

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Status wang yang tersimpan didalam KWSP kepada pencarum adalah 'Milik tidak sempurna' kerana wang tersebut tidak berada ditangan anda. Terdapat juga qaul (pandangan) yang mengatakan ia merupakan 'Milik sempurna' dan apabila telah cukup nisab dan haul, walaupun masih berada di tabung KWSP diwajibkan membayar zakat. Cuma persoalannya; kalau KWSP membenarkan kita keluarkan wang tersebut untuk membayar zakat, maka tidak ada masalah untuk kita menunaikan kewajipan tersebut. Jika tidak, bukankah itu merupakan tanggung-jawab KWSP untuk membayarkan zakat bagi pihak pencarum sebagaimana yang dilakukan oleh Tabung Haji keatas pencarumnya?

Berikut kami petik kenyataan Keputusan Fatwa Negeri Perlis :-

Soalan : Adakah Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) Wajib Dikeluarkan Zakat

Jawapan :
"Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 disember 1990.

Oleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji."

sumber : http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=956
--------------------

Jawapan thtl :

"KWSP bukanlah skim simpanan syari'ah, maka zakat simpanan tidak dikeluarkan (bagi pihak anda) dan menjadi tanggungjawab pencarum mengeluarkan zakat bila simpanan dikeluarkan. Begitu juga skim insuran2 konvensional juga perlu dikeluarkan zakat bila dikeluarkan atas modal dan bukannya atas kadar faedahnya. Bagi pengeluaran KWSP, terjadi khilaf apakah dikenakan zakat bila wang itu dikeluarkan? atau perlu menunggu genap Haul? Qardhawi (FZ) berpendapat ia dikenakan zakat bila dikeluarkan kerana ia tidak memerlukan haul."

sumber : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8098

-------
Kesimpulan : Kami memilih pandangan zakat KWSP hendaklah dibayar sebaik sahaja pengeluaran wang tersebut tanpa menunggu cukup haul, atas dasar ia Bukan Milik Sempurna (sebelum dikeluarkan) dan ia tidak ditadbirkan menurut skim simpanan syari'ah. WA.

wassalam

خيرالأمين