SJ-11-0107 : muslim menyertai peperangan kuffar vs kuffar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0107 : muslim menyertai peperangan kuffar vs kuffar

assalamualaikum panel al-ahkam yg dirahmati Allah sekalian.
soalan sy:

Apakah hukum bagi golongan muslim yg menjadi warganegara sebuah negara kafir menyertai peperangan antara negara itu dengan negara kafir yang lain?
Saya mendengar ada pihak yang mengharuskan perkara ini berdasarkan dalil bahawa rasulullah saw pernah menyertai peperangan sesama kabilah arab sebelum baginda menjadi nabi.

Mohon penjelasan. jzkk.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0107 : muslim menyertai peperangan kuffar vs kuffar

:wassalam

al-Jawab:

apabila si muslim itu menyertai kerjaya ketenteraan, maka apakah dia memiliki pilihan untuk mengingkari apa yang sudah termaktub dalam bidang tugasnya?

Tugas utama seorang tentera ialah berperang bila diperlukan oleh negaranya. Dalam istilah tentera, bila arahan sudah tiba, maka dia tiada pilihan lagi...

Maka bila negara yang dihuninya memerangi sesebuah negara hatta negara umat Islam sekalipun, maka oleh kerana dia menyertai tentera negara tsb, maka dia terpaksa menyertainya baik secara rela atau terpaksa.

itulah hakikat seorang tentera. WA