SJ-11-0118 : ZAKAT ikut tarikh masehi atau hijrah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0118 : ZAKAT ikut tarikh masehi atau hijrah?

:salam

1. Selama ini saya membayar zakat pendapatan saya mengikut tahun masehi iaitu pengiraan jumlah pendapatan bagi JANUARI-DISEMBER setiap tahun. Adakah perbuatan saya ini salah?

2. Sekiranya saya mula bekerja pada JUN2006, bolehkah saya membayar zakat pendapatan saya berdasarkan pro-rate dari JUN06-DIS06 bagi zakat pendapatan tahun 2006.

Contohnya:
2.5% x RM2500 x 6 bulan = RM375 (zakat pendapatan)

Harap dapat bantu.
Terima kasih.

SJ-11-0118 : ZAKAT ikut tarikh masehi atau hijrah?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1. Selama ini saya membayar zakat pendapatan saya mengikut tahun masehi iaitu pengiraan jumlah pendapatan bagi JANUARI-DISEMBER setiap tahun. Adakah perbuatan saya ini salah?

Didalam Sharh al-Soghir ada menyebutkan bahawa pengiraan Zakat hendaklah dibuat menggunakan tahun hijrah. Walaubagaimanapun, didalam kes zakat pendapatan, gaji dinegara kita dibayar mengikut tahun masihi, jabatan-jabatan zakat negeri membenarkan pengiraan dilakukan menurut kalendar masihi. Ini adalah kerana terlalu sukar untuk memadankan pendapatan gaji yang diterima mengikut kalendar masihi kepada kalendar hijrah. Bagi zakat seperti emas, perniagaan dsb, kesukaran ini tidak timbul.

Dr. Monzer Kahf, Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam berkata : jika terdapat kesukaran mengira mengikut bulan (lunar) hijrah, dibenar mengambil jumlah mengikut bulan "solar/gregorian" dengan cara mengubah kadar zakat dari 2.5% kepada 2.577% (= 2.5% + 2.4% darab dengan 354/365) [Fatwa IslamOnline].

Beikut juga kenyataan yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat :-

åæ Ãä íäÞÖí Úáì ÈáæÛ ÇáãÇá äÕÇÈÇ ÇËäÇ ÚÔÑ ÔåÑÇ ÈÍÓÇÈ ÇáÃÔåÑ ÇáÞãÑíÉþ, þ æÅÐÇ ÊÚÓÑ ãÑÇÚÇÉ ÇáÍæá ÇáÞãÑí - ÈÓÈÈ ÑÈØ ÇáãíÒÇäíÉ ÈÇáÓäÉ ÇáÔãÓíÉ- ÝÅäå íÌæÒ ãÑÇÚÇÉ ÇáÓäÉ ÇáÔãÓíÉ Úáì Ãä ÊÒÇÏ ÇáäÓÈÉ ÇáãÆæíÉ ÇáæÇÌÈ ÅÎÑÇÌåÇ æåíþ:2.5%þ áÊÕÈÍ 2.577 ãÑÇÚÇÉ äÓÈÉ ÚÏÏ ÇáÃíÇã ÇáÊí ÊÒíÏ ÈåÇ ÇáÓäÉ ÇáÔãÓíÉ Úä ÇáÓäÉ ÇáÞãÑíÉþþ
dir="ltr">"Haul ialah peredaran harta satu nisab dalam 12 bulan Kamariah (bulan Hijrah). Akan tetapi jika terdapat kesukaran untuk menghitungnya dengan bulan Hijrah disebabkan terikat dengan kiraan tahun Masihi, maka boleh dikira mengikut tahun Masihi dengan penambahan kadar yang wajib dikeluarkan iaitu dari 2.5 % kepada 2.577% kerana bilangan hari tahun Masihi lebih dari tahun Hijri."

sumber : http://zakat.al-islam.com/def/default.asp?l=arb&filename=def/DESC\ITEM1\ITEM2\DESC6

Quote:
2. Sekiranya saya mula bekerja pada JUN2006, bolehkah saya membayar zakat pendapatan saya berdasarkan pro-rate dari JUN06-DIS06 bagi zakat pendapatan tahun 2006.
Contohnya:

2.5% x RM2500 x 6 bulan = RM375 (zakat pendapatan)

Tidak ada masalah melakukan demikian, iaitu mengeluarkan zakat lebih awal dari jangka waktunya. Bolehlah tukarkan kadar 2.5% kepada 2.577% seperti kenyataan diatas. Sebaik-baik biarlah cukup haulnya. Sabda Nabi :saw :-

áíÓ Ýí ãÇá ÒßÇÉ ÍÊì íÍæá Úáíå ÇáÍæá
dir="ltr">"Harta tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencapai setahun" [Abu Daud #1573].

Sila lihat link-link yang telah dijawab oleh panel fiqh :-

SJ-11-0117 : Haul?Nisab???
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33302

SJ-11-0114 : zakat gaji wajib?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33296

Sekian, wassalam

خيرالأمين