SJ-11-0119 : Majikan halang pekerja bertukar/berhenti?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0119 : Majikan halang pekerja bertukar/berhenti?

Assalamu 'alaikum warahmatullah...

Tuan panel fiqh yang dihormati,

Apakah hukum dan pandangan ISLAM terhadap majikan yang menghalang seseorang pekerja utk berubah dari satu jabatan ke jabatan yg lain, atau dari satu anak syarikat ke anak syarikat yang lain? Sedangkan segala keperluan dan syarat pertukaran telah dipenuhi, tinggal sahaja kebenaran majikan tersebut sahaja utk memberi kebenaran.

Adakah ini hak muktamad majikan tersebut? Berdosakah seseorang majikan berbuat begitu, sehingga menyebabkan pekerja tersebut rasa dizalimi?

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

SJ-11-0119 : Majikan halang pekerja bertukar/berhenti?

:wassalam

al-Jawab:

Dalam urusan mu'amalat spt alam pekerjaan baik di sektur awam atau korporat, Islam (AQ dan asSunnah) hanya menggariskan prinsip-perinsip umum untuk memandu urusan mu'amalat supaya ia memenuhi perinsip-prinsip asas spt amanah, keadilan dan memberi hak dgn cara yg makruf baik kpd pihak pekerja atau majikan.

Dalam urusan pekerjaan, organisasi memiliki peraturan khas yg meliputi semua aspek termasuklah dalam urusan yg dikemukakan, apa yg dinamakan urusan HRD (Human resource) dalam fasa Job rotation atau job transfer (kitaran tugasan dan pertukaran jawatan). Semua itu dibukukan dalam dokumen " Terma dan Syarat Perkhidmatan" Clause Perjawatan" yang merangkumi, perlantikan, tempoh percubaan, gred jawatan, proses kenaikan pangkat, kenaikan gred dan pertukaran.

Maka bila seorang pekerja menyertai mana-mana organisasi atau firma, maka dia akan akur dgn Syarat dan Terma Perkhidmatan yang telah termaktub dalam organisasi tsb.

Misalnya clause Pertukaran pegawai, biasanya, ia akan menetapkan, organisasi (pengurusan) memiliki kuasa MUTLAK dalam isu pertukaran pegawai.

Kalau kita lihat dalam surah alQashash: ayat 27 terdapat syarat dan terma antara ayah kepada dua anak gadis (yang dikatakan sebagai Nabi Syu'aib) dengan Musa. syarat ialah Musa kena berkhidmat mandatori selama 8 tahun dgn beliau dan selepas itu barulah dia boleh berpindah.

Adapun bagaimana ketua dan kakitangan berinteraksi disentuh oleh ayat ini:
" Kami telah meninggikan sebahgian mereka atas sebahagian yg lain agar mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain.." AQT azZukhruuf: 32

Kata Ibn Kathir, dari asSuddi, ayat di atas merujuk kepada hubungan pekerja dgn majikan, sebahagian menjadi pengurus dan sebahagian menjadi pekerja, pengurus memperguna pekerjanya utk mencapai objektif organisasi, maka pengurus dan majikan kena juga menjaga kepentingan pekerja kerana perkhidmatan yg diberikan oleh pekerjanya dan mendengar keluhan dan kehendakknya. Jadi ayat ini menjadi dasar dalam hubungan antara pekerja dan pengurusan. Mereka saling memerlukan dan hubungan mereka hendaklah baik. Maka apabila pekerja ada hujah yg kuat untuk bertukar jabatan atau unit, maka boss sepatutnya mendengar, diwaktu yg sama majikan mempunyai kuasa yang mutlak dalam urusan begini demi kepentingan syarikat. sekian