SJ-11-0121 : Re: agih fitrah guna duit lain dahulu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0121 : Re: agih fitrah guna duit lain dahulu

ustaz, bukan masalah agih awal atau lewat.

situasi yg berlaku ialah kutipan kemuncak fitrah di masjid ialah pada petang akhir ramadhan. kdg2 pagi nak solat raya pun ada lg. sedangkan matlmat fitrah ialh utk mengembirakn fakir miskn di hr rya. jd kalau nak agih guna duit yg sma jgk, mlm raya maybe x tidur, n ntah pukul berapa boleh solat raya. masa minggu pertama ramadhan berapa ekor sgt byr nyer... rmai tunggu last minit. afdhal katanya...

jadi, jwkuasa bicang dan antra cadangn ialah buat anggaran kutipan, then guna dulu duit tabung masjid. jd bleh agih awal eg tengah ramadhan. x perlu tunggu akhir ramadhn. org miskin pun bolehpergi beli kui raya, bj raya. akhir rmdhan boleh tumpu kutip fitrah.

apakah hukumnya amalam ni...?

SJ-11-0121 : Re: agih fitrah guna duit lain dahulu

al-Jawab:

Zaman dulu, zakat fitrah adalah bijirin. Bijirin tu depa nak masak dan makan pada Hari Raya. Lagipun komuniti mereka masih kecil dan agihannya dapat dilakukan dgn pantas. Guna keldai aje, habislah satu Madinah tu boleh cover.

Zaman sekarang, zakat fitrah ialah dalam nilai matawang. Mereka ingin menggunakan RM tu utk membeli keperluan Raya dan logiknya mereka perlukan agihan lebih awal. Maka tindakan AJK mesjid itu adalah bersifat pro-aktif dan memberi maslahat kepada umat. Itulah pun tujuan syara' (fiqh al-maqosyid) dan zakat bukanlah tujuannya utk dikumpul dan diperap dalam akaun. Ia adalah tindakan yg baik sekali dan menepati kehendak dalam madzhab Syafi'iy yang membolehkan zakat fitrah diambil pada permulaan Ramadhan lagi. sekian