SJ-11-0124 : zakat dan pengurusan kewangan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0124 : zakat dan pengurusan kewangan

salam semua...

ana ada beberapa soalan mengenai zakat dimana ana telah cari di semua archive dan semua jawapan tak menjawab soalan ana

Ana tahu kaedah mengira zakat ada 2.

Soalan saya:

1) Untuk kaedah pertama, ianya mengambil kira keseluruhan gaji yg kita dapat dalam setahun dan di zakatkan sebanyak 2.577%. Adakah ianya cuma gaji pokok atau keseluruhan gaji yg kita dapat selama setahun.

2) Antara kaedah pertama ( gaji kasar yg termasuk hutang piutang) dan dan ke-2 ( gaji bersih bulanan), yang mana syorkan oleh panel di sini?

3) Kita menyimpan daripada duit gaji bulanan. Cukup setahun, kita membayar zakat pendapatan dan simpanan. Ini bermakna, kita membayar zakat dua kali la kan dari sumber pendapatan yg sama?

4) Kalau duit zakat saya simpan di dalam tabung haji or bank yg memberi dividen tahunan, adakah dividen tersebut halal di gunakan atau ianya perlu di serahkan pada PUZ?

5) Berkenaan dgn zakat simpanan, adakah 2.577% dikira sekali dgn dividen yg kita dapat atau hanya simpanan kita semata2...

sekian terima kasih...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0124 : zakat dan pengurusan kewangan

:wassalam

al-Jawab:

1) Ia merangkumi keseluruhan total pendapatan yang berpunca dari penggajian: gaji pokok, elaun, bonus, claims, dsbnya. Kadarnya ialah 2.5% bukannya 2.577.

2) Kami syorkan kaedah no 2. Dalilnya: AQ 2:219 (ia adalah dari lebihan)

3) Zakat gaji dan zakat simpanan adalah dua jenis zakat berasingan walaupun ia datang dari sumber pergajian.

4) simpanan di TH dan perbankan syari'ah sudah ditolak zakat. Maka anda tidak perlu serahkan kepada PPZ kerana ia sudah jelas zakatnya. Anda boleh membelanjakan atau terus kekal dalam akaun TH dan bank.

5) simpanan anda semata-mata kerana akaun TH dan perbankan syari'ah sudah mengambil kira urusan zakat.

Ref: Prof Mahmood Zuhdi, Zakat, DBP, 2006