SJ-11-0165 : zakat ternakan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0165 : zakat ternakan

salam ustaz,

sy agak keliru berkenaan zakat ternakan.

- bagaimanakah wujud zakat ternakan itu, sekiranya ternakan tersebut diternak untuk dijual? bagaimana amalannya zaman nabi/sahabat dahulu? diutamakan zakat ternakan atau perniagaan?
- bagaimana kategori binatang yang makan sendiri dan diberi makan, adakah ada beza?

10q,wassalam

SJ-11-0165 : zakat ternakan

:wassalam

al-Jawab:

1. Zakat ternakan yang biasa dikenakan zakat ternakan di zaman salaf ialah ternakan sa'imah (yang diternak secara bebas di padang ragut yang luas). Dalilnya: AQT 16:10 (dan pada (padang ragutnya) kamu mengembalakan ternakanmu)

2. Manakala yang diternak secara komersil (kaedah feedlot atau makanannya bukan 100% dari padang ragut), maka sudah tentu dikenakan zakat perniagaan. Ini pendapat jumhur kecuali Malikiah. WA:

Ruj:
1. syaikh Muhd Saleh al-Uthaimiin, Syarh al-Mumti' (6/52)
2. Prof al-Qardhawi, Fiqh Zakat (1/173)
3. al-Mughni lil Ibn Qudamah (2/576)
4. Ibn Abidin alHanafi, Hashiah (2/275)