Assalamualaikum tuan panel
saya mempunyai mertua yang masih bekerja dgn kerajaan malaysia(bergaji lbh krg 3 ribu),tetapi agak boros dlm berbelanja.untuk pengetahuan,di awal2 perkahwinan dulu,mertua saya suka mengawal perbelanjaan kami suami isteri hinggakan seolah2 segala urusan melibatkan ekonomi mestilah di rujuk kpd dia.mengikut isteri saya,ayahnya takut kami tak mampu nak berikan wang lebih kalu dia tak kawal perbelanjaan kami.soalan saya,adakah saya ada hak untuk menghalang isteri saya yang bekerja sbgai jurutera yang bergaji lbh krg 2500 memberi ibubapanya wang yang saya rasakan ianya berlebihan yang kadang2 mencecah 600-700 ringgit sebulan? wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Seorang isteri berhak sepenuhnya pada harta bendanya, samada untuk memberi sedekah, hibah, hadiah, jual beli dan semua urusan kewangannya TANPA perlu mendapat keizinan suaminya. Inilah pandangan majoriti ulama, Hanafi, Syafie, dan Hanbali.
- Kerana, dalam urusan kewangan, syarak meletakkan wanita setaraf dengan lelaki tanpa kongkongan. Dalinya:
1) Dalam surah AL-Nisaa ayat 6, Allah memerintahkan supaya menguji anak yatim untuk melihat kematangannya dalam menguruskan kewangan. Apabila didapati pandai menguruskan kewangan sendiri, wajib diserahkan hartanya kepada dirinya sendiri. Ini menunjukkan dia bebas menguruskan kewangan tanpa arahan sesiapa.
2) Sabit dalam beberapa hadis, Nabi SAW bersabda "Wahai wanita-wanita, bersedekahlah...". Nabi SAW tidak mensyaratkan mereka bertanya suami mereka dahulu, dan mereka juga terus bersedekah tanpa merujuk kepada suami masing-masing.
- Ada pendapat mengatakan wajib diminta izin suami dahulu sekiranya pemberian hibah atau sedekah MELEBIHI 1/3 hartanya. Ia didasarkan kepada satu hadis iaitu:
áÇ íÌæÒ ááãÑÃÉ ÚØíÉ ÅáÇ ÈÅÐä ÒæÌåÇ
Maksudnya: Tidak harus bagi seorang wanita memberi (hartanya) melainkan dengan izin suaminya.
Direkod oleh Abu Daud (no: 3549) dan Nasai (no: 2540).
Walaubagaimanapun, pendapat pertama lebih kuat, kerana hadis yang melarang dipertikaikan kesahihannya. Kata Ibn Hajar: "Dalilnya daripada Kitab dan sunnah adalah banyak". (Fathul Bari 5/218).
Kesimpulan: Suami tidak ada hak untuk melarang isteri memberi wang bulanan kepada ibu bapanya atau orang lain.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com