SJ-11-0187 : Memberi zakat kepada ibu

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0187 : Memberi zakat kepada ibu

Bolehkah seorang anak membayar zakat kepada ibunya sendiri yang suaminya (bapa) telah meninggal dunia? Minta penjelasan mengenai kepada siapakah zakat wajib dikeluarkan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0187 : Memberi zakat kepada ibu

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Ulama bersepakat mengatakan tidak harus menyerahkan zakat kepada individu yang berada di bawah tanggungan nafkahnya.

Jika suaminya telah mati, kewajipan nafkah kepada seorang ibu akan berpindah kepada anak-anaknya, jika siibu memerlukan pembiayaan nafkah.

Jadi, anak-anaknya wajib memberi nafkah yang mencukupi kepada ibu, dan tidak boleh dibayar dalam bentuk zakat.

Firman Allah yang menunjukkan wajib nafkah kepada ibu dan bapa:

æÈÇáæÇáÏíä ÅÍÓÇäÇ

Maksudnya: "Dan (Allah memerintahkan) supaya berbuat baik kepada dua ibu bapa". (Al-Isra: 23)

Cuma, jika si anak juga seorang yang tidak mampu memberi nafkah kepada ibunya dan ibunya berhak menerima zakat, maka bolehlah si anak memberikan zakat kepadanya, sebagaimana ditarjih oleh Ibn Taimiyyah. (Ikhtiyarat Fiqhiyyah, hlmn. 104)

Wallahu A'lam.