SJ-11-0188 : Insurans, Wang dan Rezeki..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0188 : Insurans, Wang dan Rezeki..

Asmkum..

Sya nk ucapkn tq kpd AAN yg bnyk mbantu saya m'ngetahui sunnah nabi dgn lbh jelas yg smmgnya saya seoarang yg jahil..

saya ad soaln pd panel feqh AAN..

1. Apakah halal gaji yang ayah saye terima sebagai adjuster insurans?
Sbg penjelasan ringkas kerjaya adjuster ini:

i. adjuster ini tugas ibart org tgh antara klien dan pihak insurans sbg cth
andai pencarum m'nglami kemalangan kereta, dan kereta si pencarum ini ad perlindungn insurans. so utk menuntut insurans. pihak insurans akn menugaskan adjusternya utk utk melihat dan mcatat kerosakan kereta dan laporannya akn diberikan kepada pihak insurans supaya pihak insuran dpt m'byr sekian bayaran kerosakan kpd pencarum td..
itulah citer ringkas sbg adjuster seperti ayah saya..sbg seoarng yang jahil saye tahu insurans itu haram di sudit islam krn ad unsur riba',gharar dan judi..

jd saye ingin tau adakah gaji yang ayah saya terima ini gaji yang halal?Sbb ya saya dh d'bsrkn dgn hasil titik peluhnya selama 20 thn..

jika ia haram apakh yg ptt saya lakukan?
dan saya seorang penuntut kolej..stiap bln saye b'gantung dgn duit bulanan yg ayah saye bekalkn dr duit gaji die..
Adakah saya wajib menolak duti bulanan itu krn ada unsur yg tidak baik dlmnya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0188 : Insurans, Wang dan Rezeki..

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak semua insuran itu haram menurut pandangan Syiekh Dr Mustafa al-Zarqo rh. Lebih-lebih lagi insuran yang tidak melibatkan riba diharuskan.

Seorang ulama’ Sudan yang terkenal, Syiekh Muhammad al-Siddiq al-Darir, beliau merupakan seorang yang menentang kuat Insuran Komersial dan yang melibatkan Riba, berpendapat bahawa seseorang yang bekerja di Bank Riba dibenarkan selama-mana dia mengelak atau tidak terlibat didalam kerja-kerja menanda-tangani kontrak yang berasaskan riba. Anologi ini boleh diaplikasikan kepada mereka yang bekerja di syarikat Insuran.

Lihat juga artikel Ustaz Zaharuddin :- http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=281&Itemid=63

Ustaz Zaharuddin menyimpulkan :-

Quote:
Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti 'direct' dan tidak.

Justeru yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card, car loan, saham yang tidak diluluskan Shariah. Hanay terhad kepada bentuk jawatan seperti ini.

Sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32005

Berbalik kepada pekerjaan sebagai Adjuster, jika estimation yang dibuat itu adalah benar, dan tidak ada tokok tambah, dilakukan dengan penuh integriti, maka pendapatan yang diterima tentulah halal. Adjuster juga bukanlah mereka yang terlibat secara terus kontrak-kontrak insuran yang berbentuk riba. Yang menjadikan pendapatan itu haram adalah, estimation yang dilakukan itu melampau batas, dan wujud penipuan disana. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين