SJ-11-0202 : Bayar zakat kepada sekolah tahfiz

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0202 : Bayar zakat kepada sekolah tahfiz

:salam

Adakah boleh membayar zakat pendapatan untuk pembinaan sekolah tahfiz persendirian dan kegunaan sekolah tersebut? Adakah ia termasuk dalam asnaf fi sabilillah?

Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0202 : Bayar zakat kepada sekolah tahfiz

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Menurut syara’ agihan zakat hanyalah diberikan kepada 8 golongan sahaja seperti yang tersebut dalam firman Allah swt surah At-Taubah , ayat : 60 :

ÅöäøóãóÇ ÇáÕøóÏóÞóÇÊõ áöáúÝõÞóÑóÇÁö æóÇáúãóÓóÇßöíäö æóÇáúÚóÇãöáöíäó ÚóáóíúåóÇ æóÇáúãõÄóáøóÝóÉö ÞõáõæÈõåõãú æóÝöí ÇáÑøöÞóÇÈö æóÇáúÛóÇÑöãöíäó æóÝöí ÓóÈöíáö Çááøóåö æóÇÈúäö ÇáÓøóÈöíáö ÝóÑöíÖóÉð ãöäó Çááøóåö æóÇááøóåõ Úóáöíãñ Íóßöíãñ

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang diikat hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Walaubagaimana pun , para Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan maksud bagi asnaf “Fi Sabilillah”.Sebahagian ulama hanya mengkhususkan kepada golongan yang pergi berperang di jalan Allah seperti berjihad sahaja , dan sebahagiian ulama / mufasirin ada yang berpendapat bahawa fisabilillah itu termasuk juga perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum umat Islam seperti mendirikan sekolah, hospital , masjid , menuntut Ilmu dan lain-lain.

Apa yang jelas , segala projek pembangunan sosial yang melibatkan kepada kepentingan umat Islam dan atas dasar membawa semaksimum mungkin maslahah atau kebaikan demi memperkuat dan mengukuhkan kedaulatan Islam dan umatnya , maka perbuatan tersebut adalah dibolehkan dan ianya termasuk dalam ta’rif “Fi sabilillah” [Hudal Islam , Fatawa Mu’asirah , Kuwait , Dar al-Qalam, Dr.Yusof Al-Qaradhawi]

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com