SJ-11-0212 : Mengapa Emas??!!!

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0212 : Mengapa Emas??!!!

:salam

Moga dirahmati Allah..

Soalannya mengenai zakat...

1) Mengapa emas yg menjadi kayu ukur untuk pembayaran zakat???

2) Apakah keistimewaan dan kelebihan emas dalam Islam??

Sekian, :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0212 : Mengapa Emas??!!!

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1. Pada asalnya emas bukanlah kayu ukur untuk pembayaran zakat, kerana tiada hadith sahih yang Nabi SAW menentukan kadar zakat emas. Tetapi kadar zakat emas disepakati dengan Ijmak Ulama dan Qiyas dari kadar zakat perak.

Kemudian emas dan perak dijadikan kayu ukur untuk pembayaran zakat kerana ia merupakan mata wang yang digunakan pada permulaan Islam. Dan sebelum itu manusia telah menjadikannya harta yang berharga sejak dari zaman dahulu sehingga sekarang serta digunakan untuk mengukur kekayaan seseorang dan juga untuk menilai harta-harta yang lain.

Sifat-sifat yang ada pada emas seperti ketahanan sifat dan nilainya, sukar dipalsukan dan dikenali ramai menyebabkan manusia menjadikannya harta yang istimewa dan bernilai.

Menentukan kadar zakat dengan menggunakan emas dan perak akan memudahkan orang islam mengeluarkan zakat mereka, berbanding dengan benda-benda lain yang tidak mempunyai sifat-sifat ini dan mungkin hanya sesuai untuk sesuatu zaman sahaja.

2. Emas tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan kelebihan dalam Islam. Cuma Islam telah menggariskan hukum-hakam yang berkaitan dengan penggunaan emas dari segi pemakaian dan muamalatnya.

Bahkan di dalam Al-Quran menyebut emas hanyalah sekadar perhiasan hidup dunia dan turut menjelaskan akibat orang yang menyimpan emas dan perak tanpa diinfaqkan.

Firman Allah SWT (3:14):

Òõíøöäó áöáäøóÇÓö ÍõÈøõ ÇáÔøóåóæóÇÊö ãöäó ÇáäøöÓóÇÁö æóÇáúÈóäöíäó æóÇáúÞóäóÇØöíÑö ÇáúãõÞóäúØóÑóÉö ãöäó ÇáÐøóåóÈö æóÇáúÝöÖøóÉö æóÇáúÎóíúáö ÇáúãõÓóæøóãóÉö æóÇáúÃóäúÚóÇãö æóÇáúÍóÑúËö Ðóáößó ãóÊóÇÚõ ÇáúÍóíóÇÉö ÇáÏøõäúíóÇ æóÇááøóåõ ÚöäúÏóåõ ÍõÓúäõ ÇáúãóÂóÈö. Þõáú ÃóÄõäóÈøöÆõßõãú ÈöÎóíúÑò ãöäú Ðóáößõãú áöáøóÐöíäó ÇÊøóÞóæúÇ ÚöäúÏó ÑóÈøöåöãú ÌóäøóÇÊñ ÊóÌúÑöí ãöäú ÊóÍúÊöåóÇ ÇáúÃóäúåóÇÑõ ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ æóÃóÒúæóÇÌñ ãõØóåøóÑóÉñ æóÑöÖúæóÇäñ ãöäó Çááøóåö æóÇááøóåõ ÈóÕöíÑñ ÈöÇáúÚöÈóÇÏö.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?". Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah SWT (9:34):

æóÇáøóÐöíäó íóßúäöÒõæäó ÇáÐøóåóÈó æóÇáúÝöÖøóÉó æóáóÇ íõäúÝöÞõæäóåóÇ Ýöí ÓóÈöíáö Çááøóåö ÝóÈóÔøöÑúåõãú ÈöÚóÐóÇÈò Ãóáöíãò. íóæúãó íõÍúãóì ÚóáóíúåóÇ Ýöí äóÇÑö Ìóåóäøóãó ÝóÊõßúæóì ÈöåóÇ ÌöÈóÇåõåõãú æóÌõäõæÈõåõãú æóÙõåõæÑõåõãú åóÐóÇ ãóÇ ßóäóÒúÊõãú áöÃóäúÝõÓößõãú ÝóÐõæÞõæÇ ãóÇ ßõäúÊõãú ÊóßúäöÒõæäó.

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."

Wallahu a3lam.

Rujukan:
- Feqh az-Zakat oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi.