SJ-11-0221 : Polisi Jual balik Barangan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0221 : Polisi Jual balik Barangan

Salam,
Apakah hukum perniagaan yang mengamalkan sistem jual balik barangan kepada syarikat pembuat. Contohnya, syarikat A menjual set pinggan mangkuk dgn harga RM 900 kepada saya, dan saya mnjual set tersebut kembali kepada syarikat tersebut dgn harga RM 1000. Di sini, saya akan mengaut keuntungan sbnyak RM 100. Pembelian hanya boleh dibuat sekali dalam sebulan, dan setiap jual beli produk tersebut disertai dgn akad. Apakah hukumnya?

Untuk gambaran lebih lanjut, sila layari

http://www.jutawanceramic.com/vision_mission2.php?member=boyceramic

Harap dapat perhatian yang seberapa segera.
Jazakallah...

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0221 : Polisi Jual balik Barangan

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah Wassolatuwassalam Ala Rasulillah..Amma Ba'd:

Transaksi perniagaan yang dinyatakan di atas adalah di bawah prinsip atau akad bay' al-inah.

Al-Inah dari segi bahasa membawa erti al-salaf (pinjaman) atau harta terbaik. Dari segi istilah pula, terdapat pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh fuqaha’ berdasarkan kepada perbezaan bentuk-bentuk bay al-inah yang diberikan.

Berdasarkan sorotan kepada karya-karya fuqaha’, mereka berselisih pendapat dalam menentukan keharusan kontrak ini.

Bay al-inah menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali ialah satu akad yang tidak sah, sedangkan ia adalah sah tetapi makruh menurut al-Shafii dan Zahiri.

Saudara boleh merujuk (Saiful Azhar Rosly, Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markes, hlm 107-109 atau mana-mana buku fiqh muktabar).

Walaupun bay al-inah sah dalam mazhab Syafie, ia membawa hukum makruh sekiranya tiada persepakatan antara penjual dan pembeli. Jika wujud persepakatan awal kerana tujuan ingin mendapatkan kecairan atau keuntungan seperti di atas, maka ia tidak dibolehkan.

Untk makluman saudara, dalam Muzakarah Cendikiawan Syariah Nusantara yang dianjurkan pada 28 dan 29 Jun 2006 ditumpukan pada cara penyelesaian terbaik dalam menentukan aspek penggunaan konsep bay al-inah dalam sistem kewangan Islam.

Antara isi kandungan keputusannya ialah :
1) Kontrak bay al-inah masih diperlukan dalam konteks pembangunan kewangan Islam tempatan. Namun, pengamal pasaran perlu memperkukuh dan memperkemaskan proses operasi dan dokumentasi agar memenuhi ciri-ciri bayc al-cinah sepertimana yang dibenarkan

2) Memandangkan konsep bay al-inah masih merupakan isu yang diperselisihkan oleh ulama fiqh, adalah wajar sekiranya institusi kewangan Islam dapat membataskan penggunaannya kepada produk-produk yang sukar dilaksanakan menerusi konsep-konsep lain yang disepakati.

Wallahualam.