SJ-11-0235 : Tukar Kereta Dengan Kereta, Riba?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0235 : Tukar Kereta Dengan Kereta, Riba?

:salam

saya ada mendengar dari guru saya yang menyatakan bahawa pertukaran barang yang tidak sama nilainya meski sama jenisnya haram kerana termasuk dalam barang ribawi...yakni penerima barang yang lebih tinggi nilainya telah mendapat manfaat yang berbentuk riba...

lalu kami dalam kuliah itu agak keliru kerana diberitahu bahawa keredhaan kedua-dua penerima itu tidak menjadikan pertukaran tersebut sah lagi halal...

dikatakan juga prinsip yang sama digunakan dalam transaksi jualbeli matawang asing (forex) oleh bank2 islam, kerana menggunakan spot rate, dan bukan forward rate...UZAR menyatakan jika seseorang ingin membeli matawang asing hendaklah dilakukan dalam majlis yang sama dengan tidak diselangi suatu tempoh masa, kerana perbezaan masa itupun termasuk riba..

aduhai...

benarkah? jika saya ingin menukar pemilikan kereta kelisa dan kenari kawan saya maka syara' tidak membenarkannya disebabkan perbezaan harga keduanya?

hadis yang dikemukakan adalah hadis emas dengan emas, tamar dengan tamar dan sebagainya....

ajarlah kami nescaya kami akan beramal sebaiknya

:wassalam

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0235 : Tukar Kereta Dengan Kereta, Riba?

:salam

JAWAPAN
Memang benar, apa yang dikatakan oleh guru saudara.
Cuma soalan anda berkenaan pertukaran kereta kelisa dan kenari ia tidak termasuk dalam kes Riba. Ini kerana ia bukan item ribawi dan tiada illah ribawi dalam kes pertukaran kereta itu.

Manakala berkenaan forex, anda boleh merujuk jawapan lepas yang berkaitan forex

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34386&highlight=riba&sid=573c1dcec3f09ea3063efb5c401041f7

http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=95

:aklam