SJ-11-0246 : yang mana dulu

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0246 : yang mana dulu

:salam
jika berlaku kematian keatas seseorg yg tidak membuat "wasiat"... bagaimana pembahagian harta kepada warisnya??? adakah perlu ikut fiqh miras dulu, atau boleh terus dibahagi samarata (L/P)... atas persetujuan bersama.
terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: yang mana dulu

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jika simati tidak membuat apa-apa wasiat, dan tidak meninggalkan apa-apa hak lain (seperti hutang), maka hendaklah dibahagikan kepada waris-warisnya mengikut hukum faraidh.

Manakala pembahagian lelaki dan wanita dengan nisbah 2:1, ia adalah ketetapan Allah Taala yang Maha Bijaksana. Terimalah hukum ini, kerana ia adalah hukum yang penuh hikmah.

Jika dengan persetujuan bersama untuk dibahagi samarata, maka perlu diketahui bahawa pendapatan harta melalui faraidh adalah berbentuk idhtirariy. Yakni, apabila mati seseorang, maka sudah termaktub di sisi Allah bahawa sipolan mendapat sekian-sekian harta. Samada dia menerima atau tidak, maka itu adalah haknya yang ditentukan Allah.

Maka, hendaklah dijelaskan dahulu kepada semua pewaris bahawa mereka mendapat sekian banyak harta pusaka menurut Syariah Islam. Kemudian, barulah dibuat permintaan kepadanya adakah dia sanggup untuk memberikan sebahagian hartanya kepada orang lain atas dasar pembahagian samarata.

Wallahu A'lam