SJ-11-0249 : Mengenai Jual Beli kemudian Wakaf Tanah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0249 : Mengenai Jual Beli kemudian Wakaf Tanah

:salam

Moga kita dirahmati Allah,

Persoalan yang ingin saya majukan ialah seperti berikut:

1) Pihak persatuan muallaf nie dalam perancangan membina bangunan untuk kebajikan muallaf......boleh atau tidak kaedah seperti ini dilakukan....

a- Pihak persatuan menjual tanah kepada pembeli dengan nilai RM5 satu kaki persegi....kemudian pembeli tersebut mewakafkan tanah beliannya kepada pihak persatuan....maknanya ada 2 aqad di situ...satu aqad jual-beli dan kemudia aqad waqaf pulak....tolong huraikan...

b- Itu soal tanah yang diwaqafkan....pihak pengurusan yakni persatuan mendapat pendapatan dari jualan tanah tersebut....hasil jualan tanah tersebut..adalah untuk membina bangunan asrama dan pembelajaran untuk gol.muallaf....soal yg timbul...bangunan tersebut tidak dibina atas tanah yg diwaqafkan kepada pihak persatuan tapi di tanah yang lain...adakah ia dibolehkan???

Diharap ia mendapat perhatian sesegera mungkin dari pihak panel...

Diakhiri dengan ucapan terima kasih dan :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mengenai Jual Beli kemudian Wakaf Tanah

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

a) Dalam permasalahan ini, kami memahami bahawa persatuan muallaf telah memiliki sebidang tanah. Sudah pasti tanah tersebut BUKAN tanah waqaf.

Kemudian, persatuan menjualnya kepada orang ramai sekaki sekaki dengan SYARAT selepas akad jual beli, pembeli mewaqafkan tanahnya kepada golongan muallaf.

Masalah ini dinamakan akad jual beli bersyarat. In Sya Allah, akad seperti ini sah kerana dalil yang melarang jual beli bersyarat adalah batil di sisi sebahagian ahli hadis dan ahli tahqiq seperti Imam Ahmad, Imam Nawawi dan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Tetapi jual beli tersebut mestilah dilakukan secara ilzam, yakni tidak ada khiyar.

Apabila tanah tersebut selesai dijual dan diwaqafkan, maka segala hukum hakam tanah tersebut adalah berdasarkan kepada hukum tanah waqaf.

b) Duit jualan tanah tersebut menjadi duit persatuan, dan bebas digunakan untuk maslahah persatuan. Boleh digunakan untuk membeli atau menyewa asrama lain dan seumpamanya.

Manakala tanah yang sudah diwaqafkan itu terus menjadi tanah waqaf, dan boleh digunakan hasilnya untuk kumpulan yang disasarkan dalam waqaf tersebut. Samada untuk membina tempat tinggal atau apa-apa yang membawa maslahah kepada mereka selagi tidak menyalahi syarat dan hukum waqaf.

Wallahu A'lam.