SJ-11-0266 : URGENT...bolehkah transaksi sebegini??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0266 : URGENT...bolehkah transaksi sebegini??

:salam

Moga dirahmati Allah...

Boleh ke atau tidak / tepat atau tidak...akad upah yg digunakan...??

Persoalan ini tmbul dari permasalahan ini...

Pihak penganjur menggunakan lesen kontraktor pembekal penyediaan makanan dan mnuman (catering) untuk sesuatu program bagi tuntutannya (RM5000) kepada pihak penaja(goverment)...walhal yg sebenarnya pihak penganjur tidak menggunakan perkhidmatan kontraktor tersebut dalam penyediaan makanan dan minuman...selepas tuntutan berjaya diperolehi... kontraktor tersebut memberi kepada penganjur jumlah tuntutan tersebut (RM5000)..

Atas kejayaan perolehan tersebut..pihak penganjur memberikan sejumlah wang (RM500) kepada kontraktor tersebut kerana telah menggunakan lesen kontraktor tersebut, menumpang akaun kontraktor tersbt dan perkhidmtn penyediaan resit tuntutan serta mengambil kira masa dan kos kontraktor membuat pengeluaran duit di bank...

Untuk makluman...pihak penganjur terpaksa membuat tuntutan begini kerana..pihak penganjur terpaksa menggunakan duit tersebut bukan semata2 utk penyediaan makan-minum sahaja...ttp menggunakan peruntukan tersebut utk pembyrn sewa dewan, kursi, meja, penceramah, alatan runcit, brg2 kursus, makan-minum dan sebagainya...

Persoalan yg timbul...

1) Bolehkah byrn dari pihak penganjur tersbt dikira sebagai upah??
2) Adakah byrn sbg upah tersbt (rm500) perlu disebut di awal akad transaksi?
3) Boleh atau tidak akad sebegini....pihak penganjur meletakkan byrn rm50 untuk setiap tuntutan rm1000??...adakah upah sebegini dibenarkan??
4) Bolehkah pihak panel memberi cadangan terbaik bg mengatasi atau mencadangkan agar transaksi yg dibuat jauh dari riba, gharar dan syubhah...

Sekian, tkasih..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: URGENT...bolehkah transaksi sebegini??

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Pertamanya, tuntutan diatas merupakan tuntutan palsu, menyalahguna lesen. Seseorang kontraktor yang mempunyai lesen tidak boleh menggunakan lesennya untuk menuntut wang keatas perkara/pekerjaan yang tidak dilakukan. Walaupun, matlamatnya betul, namun caranya salah, kerana wujud unsur-unsur tidak amanah. Prinsip Fiqh Islam –

الغاية لا تبرر الوسيلة
“Matlamat tidak menghalalkan/justifikasikan cara”

Terdapat pepatah arab yang menyebut :

إن الغاية النبيلة لا تحيا إلا في قلب نبيل
“Sesungguhnya matlamat yang mulia tidak tinggal/hidup melainkan pada Hati/Jiwa yang mulia”

Setiap peniaga atau pedagang wajib Amanah dan Jujur. Disana kita lihat betapa tinggi martabat peniaga atau pedagang yang amanah . Sabda Rasulullah SAW:

التاجر الأمين الصدوق مع النبيين والصديقين والشهداء
"Pedagang yang jujur serta dipercayai adalah (tempatnya) bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, dan orang-orang yang mati Syahid (pada hari kiamat)". (Hadith Riwayat Bukhari, Hakim, Tirmidzi dan Ibnu Majjah).

Kita hendaklah peka dengan tektik Yahudi menggunakan helah untuk mencapai sesuatu matlamat dan menguntungkan kepentingan mereka. Sabda Nabi :saw berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
"Allah akan menghancurkan Yahudi dimana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai, dsb yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Baihaqi )

------------------------
Perjalanan perniagaan ini boleh di perbetulkan sedikit bagi mengelakkan unsur pecah amanah, penipuan, dsb.

a. Kontraktor A (yang mempunyai lesen) membuat tuntutan terdahulu (advance claim) dari kerajaan sebanyak Rm5000.00 bagi tujuan, membekalkan makanan tersebut kepada sebuah acara yang dilakukan oleh penganjur C. Secara penggiraan, rm5000.00 telah diketahui (ma’ruf) nilai yang mencukupi untuk membekalkan makanan kepada acara tersebut. Akad berlaku antara Kontraktor A dan pihak Kerajaan.

b. Setelah wang tersebut diterima, Syarikat B telah diupah oleh Kontraktor A untuk membekalkan makanan tersebut dengan nilai sebanyak rm4500. Nilai ini dipersetujui oleh Syarikat B. Akad diantara Kontraktor A dan Syarikat B.

- Tanpa mengurangkan kuantiti dan kualiti makanan tersebut, dengan jumlah wang rm4500, Syarikat B telah membekalkan makanan dan juga memberi nilai tambah (added value) kepada acara tersebut; iaitu menyediakan dewan, kerusi dan sebagainya.

- wang 500.00 tadi merupakan wang keuntungan kepada Kontraktor A. Syarikat B juga tidak merasa tertindas dengan harga upah rm 4500.00, dimana mereka dapat menyediakan perkhidmatan yang sama kualiti dan kuantiti sebagaimana kontrak & akad Kontraktor A dengan pihak Kerajaan.

- Syarikat B boleh juga terdiri dari syarikat yang direkomen oleh pihak penganjur C, dengan SYARAT syarikat B ini dipercayai mempunyai keupayaan melaksanakan tugas tersebut, dan bukan dilantik kerana kuasa, dsb yang boleh disabitkan dengan hukum rasuah. (memberi kontrak kepada seseorang bukan kerana keupayaannya, tetapi kerana hubungannya (contact) , kuasa, dsb).

Dengan ini, unsur-unsur penipuan didalam transaksi tersebut dapat dielakkan. Nilai kontrak juga perlu diambil kira. Pastikan tindak terlalu tinggi harganya. Barang-barang yang dibekalkan hendaklah sebagaimana yang dinyatakan didalam kontrak tanpa menggurangkan kualitinya. ‘Nilai tambah’ yang diberikan bukanlah bertujuan ‘rasuah’, akan tetapi merupakan perkhidmatan yang diberikan bagi kemudahan kepada penganjur. Perlu kita ingat, bahawa agama Islam itu matlamatnya benar dan carapun benar, ia sangat konsisten. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين