SJ-12-0033 : Talaq & Ruju'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0033 : Talaq & Ruju'


Assalamualaikum,

Seorang suami telah mengtalaq isterinya di depan kadi di PJ....maka dengan ini talaq telah jatuh.....perkara ini tidak diketahui oleh siisteri...memandangkan surat yang di alamatkan kepada isterinya telah diambil oleh sisuami...panjang skit cerita ..short cut aje....perkara ini berlaku pada mei 2004....

sisuami w/pun telah mengtalaq isterinya namum ia balik kerumah seperti biasa tanpa memberitahu isterinya......(dalam hukum syarak kalu tak silap membolehkan isteri yang ditalaq tinggal bersama suaminya masa dalam iddah).....

buat pengetahuan us. siisteri sekarang (ogos 2004) telah mengandung 2 bulan.....dan ditakdirkan Allah siisteri telah berjumpa surat cerai dalam pakaian suaminya......untuk mengesahkan perkara tersebut siisteri telah pergi berjumpa kadi untuk mengesahkan perkara tersebut dan memang pihak kadi PJ mengesahkannya.....hasil daripada itu siisteri telah menghalangi sisuaminya untuk tinggal bersama........

so...apa pandangan us. dengan perkara ini...

:homework: wassalam

SJ-12-0033 : Talaq & Ruju'

Waalaikumusalam.

InsyaAllah saya akn cuba memberi pandangan setakat kemampuan yang ada.

Pertama:

Perlu dibezakan atau diketahui bahawa Pejabat Agama(dahulunya Kadi) dengan Mahkamah Syariah adalah institusi yang berbeza.Maka saya yakin perceraian ini berlaku di Mahkamah Syariah bukanya di Pejabat Agama.Namun begitu agak memelikan bagaimana isteri tidak mengetahui tentang perkara tersebut sedangkan setiap permohonan perceraian,satu saman dikeluarkan untu isteri supaya hadir ke Mahkamah.Saman ini hendaklah diserahkan kediri(pada isteri itu sendiri).Setiap saman yang diserahkan atau gagal diserahkan Penghantar Saman akan membuat sattu afdavit yang dikrarkan dihadapan Hakim atau penolong pendaftar.Setelah Hakim berpuashati dengan usaha penghantaran tetapi saman masih gagal diserahkan barulah Hakim membenarkan saman gantian dikeluarkan samada dengan iklan atau juga kaedah tampalan(alamat terakhir defendan).Satu langkah amat berhati-hati diambil sebelum lafaz cerai dibenarkan jika tanpa kehadiran pihak isteri.

Seandainya dalam kes itu terdapat keraguan mengenai perkara diatas,maka sila buat permohonan semakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

(bnamun begitu saya tidak menafikan kemungkinan berlakunya penipuan oleh suami atau penghantar notis )

Jika dirasakan itu telah berlaku sila buat lapuran ke Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Islam yang berkenaan.Perlakuan menipu dalam mengemukan lapuran atau permohonan adalah satu kesalahan.

Persetubuhan luar nikah anatar orang-orang bercerai.

Seksyen 132 Undang-Undang Keluarga Islam.

(1) Jika suami melakukan sedemikian dengan isteri dan isteri tahu kedudukan/status itu.Jika sabit kesalahan denda 500 atau penjara 3 bulan atau kedua sekali.

(2)Jika isteri tidak tahu(dirinya telah diceraikan) maka suami itu jika sabit kesalahan boleh didenda RM1000/6 bulan penjara/atau keduanya sekali.

(3)Isteri boleh dituduh subahat jika kesalahan seperti per (1) diatas,jika sabit kesalahan denda RM500/3 bulan penjara/keduanya sekali.

Isteri perlu buat aduan ke unit yang sama.

Soal lain yang berkaitan seperti nasab anak tersebut atau perlakuan setubuh itu dikira rujuk atau tidak,hendaklah dibincangkan secara berasingan .WA