SJ-12-0093 : perkahwinan anak luar nikah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0093 : perkahwinan anak luar nikah

assalamualaikum,

disini saya ada beberapa kemusykilan....diharap sifu2 disini dapat membantu...

i. apakah perlu seorang anak luar nikah (perempuan) ditukar bintinya kepada abdullah apabila ia dinikahkahkan? terda[at pendapat berbeda dalam hal ini...ada yang kata tak perlu ditukar kerana berdasarkan rukun nikah....peng. lelaki, peng. perempuan, wali dan saksi/akad....cumanya nya pasangan tersebut perlu berwalikan hakim.....tidak ada rukun binti peng. perempuan MESTI yang betul...(nama sebenar bapa kandung atau abdullah)....mana satu yang betul?

ii. kalau perlu ditukar.....bagaimana jikalau pasangan itu telah selamat bernikah dan berwalikan hakim...tetapi semasa bernikah menggunakan binti ayah bukan kandung.....adakah pernikahan tersebut terbatal?

iii. jikalau wali hakim diberitahu sebab menggunakan wali hakim adalah kerna tiada wali yang layak dan bukan kerana anak luar nikah bagaimana pula hukumnya? perkara tersebut dilakukan demi menjaga nama baik peng. lelaki dan perempuan serta keluarga masing masing.....maklum la perangai masyarakat sekarang nie....gemar menuding jari dan memuncung mulut.... ::lol:

SJ-12-0093 : perkahwinan anak luar nikah

Salam,

Anak luar nikah(tak sah taraf) termasuk dalam kategori mereka yang tiada wali nasab.Prosedurnya;
perlu buat permohonan ke Pej Agama Daerah,kemudian Pendaftar Nikah Cerai dan rujuk (Peg Agama Daerah)akan buat semakan dan biasanya akan memanggil pihak2 tersebut,setelah selesai perkara tersebut dirujuk ke Mahkamah Syariah bagi mendapat kelulusan Hakim Syarie untuk bernikah secara wali hakim.Disini la segala keterangan akan diberi.Pihak2 boleh memohon keterangan secara berasingan jika didapati ada isu yang berkaitan,`bapa yang disangkakan itu` atau penjaga/bapa angkat,bolehlah memohon untuk memberi keterangan berasingan dengan anak tersebut demi menjaga perkara tersebut.Biasanya Hakim akan benarkan..tu budi bicara beliau lah.Soal nama/binti tak jadi soal dalam kontek kesahan nikah tersebut(ruj pada kes diatas)