SJ-12-0109 : Aurat Pembantu Rumah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0109 : Aurat Pembantu Rumah

:salam

Kami bercadang untuk mengambil pembantu rumah (orang gaji) untuk meringankan kerja-kerja rumah dan untuk membantu menjaga anak memandangkan saya bekerja.

Persoalannya;
a) Bagaimana aurat pembantu rumah dengan suami saya?

b) Adakah suami saya bertanggungjawap ke atas aurat nya. (Sekiranya dia membuka aurat pada bukan muhrim yang lain)?

c) Bolehkah saya meninggalkan suami dan anak-anak (berumur 4 dan 2 tahun) bersama orang gaji sekiranya saya outstation (berkursus) selama beberapa hari?

Saya harap ada yang sudi membantu dan menjawap persoalan ini.

Terima kasih. ::lol:
:wassalam

SJ-12-0109 : Aurat Pembantu Rumah

:wassalam

alJawab:

a) aurat pembantu rumah (asing) dgn suami adalah seluruh tubuhnya kecuali muka, dua tangan dan dua kakinya* (kerana keperluan bekerja). Pembantu tidak mendapat pengecualian aurat kerana ayat 31, dengan jelas menyebut jenis-jenis mahram yg dikecualikan, walhal pembantu rumah adalah jelas tiada sebarang ikatan kekeluargaan, penyusuan atau semendaan(ikatan perkahwinan). [wanita boleh membuka kaki adalah pendapat madzhab Hanafi, ditahqiq olah Prof Dr Abdul Halim Abu Syuqqah, Tahrir alMar'ah]

b) Ya, di atas kapasitinya sebagai majikan. Majikan juga boleh menasihati anak majikannya supaya memelihara auratnya bukan sahaja dalam rumah bahkan juga kepada semua bukan muhrimnya. (Fatwa Syaikh Salih alUthaimiin, yg dikutip oleh Syaikh Abdul Malik alQasim, fii baitina khaadimah (pembantu di rumah kita), Dar alQasim, Riyadh)

c) Tidak boleh meninggalkan suami dgn pembantu hanya ditemani oleh anak2 yg masih kecil. Syaikh Uthaimiin ketika diminta fatwa, menjelaskan antara bahaya pembantu rumah ialah tidak boleh ada khulwah (bersunyi-sunyian) antara ahli keluarga lelaki dengan pembantu rumah. (ibid) Maka anda hendaklah mengusahakan ada muhrim yang dewasa datang menemani keluarga anda supaya fitnah khalwat itu dihilangkan (semasa anda outstation. sekian