SJ-12-0135 : aurat lelaki

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0135 : aurat lelaki

:salam

minta bantuan jelaskan pandangan keempat-empat mazhab tentang aurat lelaki..setahu saya mengikut mazhab syafie antara pusat dan lutut, tolong jelaskan sekali sekiranya terdapat khilaf dalam mentafsirkan atas lutut atau bawah lutut..

maaf jika soalan berulang..boleh bagi link..jazakallah

:wassalam

SJ-12-0135 : aurat lelaki

:wassalam

al-Jawab:

Awrat lelaki menurut 4 madzhab muktabar:

Hanafi dan Syafi'iy: antara pusat dan lutut
Dalil: Hadith Muhammad bin Jahsy (tutuplah pahamu kerana dua paha itu aurat) HR alBukhari (mu'llaq) dan Imam Ahmad

Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
(al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam)