SJ-12-0153 couple islami.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0153 couple islami.

:salam

sy ingin meminta pendapat tentang masalah sy.
sy ada seorang kawan perempuan yang mempunyai perasaan terhadap sy, dan sy pun begitu. cuma kami tidak pernah lagi mengisytiharkan yang kami ni adalah sepasang kekasih dan kami ada menyatakan niat masing2 untuk menikah suatu hari nanti. cuma kami masih lagi belajar di IPT yang sama dan berlainan kursus, dan jika mahu menikah pun mungkin dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi. soalannya:

1.macam mana nak jaga hubungan kami daripada terjebak kepada benda yang haram?

2.bolehkah jika kami berhubung melalui sms atau telefon untuk mengetahui keadaan masing2? jika boleh bagaimana cara yang selamat daipada perkara yang haram?

3. adakah wujud "couple islami"?

sekian terima kasih, barakallahu fikum.

:wassalam

SJ-12-0153 couple islami.

:salam

perkara ni dah disentuh dgn baik sekali oleh dua mujaddid kita iaitu al-Fadhil Ust Maszlee Malik dan Ust Hasrizal. Utk itu rasanya lebih kalau sdr meneliti tulisan mereka berdua. WA.

http://dhanysarip.blogspot.com/2006/02/cinta-anta-anti.html

http://saifulislam.com/?m=200609

:wassalam