SJ-12-0155 : bersalam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0155 : bersalam

ape hukumnya lelaki muda bersalam dgn seorg m.cik yg bukan muhrim...yg kita blh agak dia da monopous???

SJ-12-0155 : bersalam

al-Jawab:

Fatwa al-Qardhawi menjelaskan: (kesimpulan dari fatwa beliau yg panjang dalam isu berjabat salam dgn perempuan, sila rujuk fatwa muasirat belia, terbitan pustaka salam Jld 5/6)

1. Harus berjabat salam bila bebas dari fitnah. Jika ada fitnah dan unsur berahi, maka ia haram. (maka bersalaman antara lelaki muda dgn perempuan tua yang sudah menopaus kemungkinan bebas dari fitnah dan tiada rangsangan seksualiti)

2. Berjabat salam hendaklah terhad pada keadaan dan keperluan. Contoh sesama keluarga dan menasabah yang diperlukan seperti ketika berlakunya musibah atau kecelakaan yang menimpa.

3. Tidak memulai terlebih dahulu, maksudnya salam itu dicetuskan oleh orang lain, kita sekadar menyambut utk menjaga maruahnya.

4. sentiasa ingat bahawa budaya bersalaman (antara gender) ini bukanlah amalan kaum salaf

5. hukum bersalaman antara gender ini bukan hukum umum terbuka utk semua orang, ia hanya kepada sesiapa yang terdesak dan memerlukan hukum ini. Ia hendaklah diamalkan dengan waspada. sekian WA