:salam
Adakah sah nikah sekiranya perkahwinan berwalikan hakim kerana org tua sigadis enggan menjadi wali?
Apakah kahwin di Siam atau melalui sindiket sah mengikut syarak sekiranya syarat2 nikah mencukupi? Bagaimanakah caranya untuk mendapat pengesahan secara undang2?
:wassalam
al-Jawab:
1/ Hukum berwalikan Hakim. Hukumnya boleh, bila wali menghalang atau perempuan itu tidak mempunyai wali, dalilnya, dari Aisyah ra
ÝÅä ÇÔÊÌÑæÇ ÝÇáÓáØÇä æ áí ãä áÇ æáí áå
Terjemahnya: Jika mereka bersengketa, maka sulthanlah adalah menjadi wali bagi yang tidak ada wali. HR Ahmad dan empat ahli sunan, dinilai sahih oleh al-Albani, al-Irwaa', 1840.
2/ Kahwin di Siam itu sah jika berkahwin di pejabat Imam yang diiktiraf oleh Jakim. manakala nikah sindiket bermakna menentang dan menipu Pemerintah. pasangan yang bernikah di negara jiran hendaklah mendaftar dengan segera kepada pendaftar nikah cerai tempatan. mereka akan menyiasat dan status pernikahan itu bergantung kepada hasil siasatan mereka. Jika mereka bernikah dengan sendiket nikah palsu, maka mereka sudah pasti akan dinikahkan sekali lagi. sekian WA