SJ-12-0176 : aurat wanita islam dengan wanita islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0176 : aurat wanita islam dengan wanita islam

Assalamu'alaikum wbr..

Firman Allah Ta'ala dalam surah an Nuur:24 ayat 31.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah
mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,
atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu
beruntung.

merujuk pada ayat quran di atas, boleh tak sesiapa terangkan tentang
aurat wanita di hadapan orang2 yang disebutkan bermula ayat "kecuali
kepada suami mereka etc...

secara khususnya telah dikategorikan: di hadapan sesama perempuan
muslim, di hadapan lelaki mahram, kanak2, suami etc. Ada yang kata
bahagian tubuh yang perlu ditutup bagi seorang perempuan muslim
dengan lelaki mahram adalah sama macam aurat antara perempuan dengan
perempuan ataupun aurat lelaki sesama lelaki. Tapi saya tak
convinced sebab tak jumpe dalil lagi.

Jadi, boleh tak explain in detail tentang perkara ni...
saya dahulukan dengan, jazakumullah khairan kathera..

SJ-12-0176 : aurat wanita islam dengan wanita islam

:wassalam
Prolog: Saja kita lewatkan menjawab soalan akh mujahid kerana dia adalah pelajar UIAM. Pertamanya, dia boleh cari sendiri kerana berada di gedung ilmu. keduanya: ia masalah khilafiah.

Apa yang mujahid musykilkan itu ada dalam kitab Tafsir bila sampai pada ayat, "kecuali yang (biasa) nampak dari padanya." AQT 24:31

Yang terkedepan ialah Tafsir Ibn Abbas sebab inilah tafsir yang pertama di kalangan kaum salaf selepas Nabi SAW. Ibn Abbas ialah yang membahagikan aurat perempuan kepada aurat zahir dan batin (ikut ayat 31 ini) dan aurat dalam rumah vs aurat luar rumah, ayat 59, al-Ahzab.

Ibn Abbas kata, perhiasan zahir yang boleh nampak kepada semua orang ialah apa yang biasa nampak pada tangan, wajah dan cincin perempuan.

Yang batin, yakni yang boleh ditonton oleh kaum keluarga muhrim ialah perhiasan batin, termasuklah leher, rambut, lengan, dada, betis dan sebarang perhiasan yang ada pada anggota tersebut spt kalung dan rantai leher pada dada wanita.

Jadi dalam surah al-Nuur, al-Q sebut perhiasan zahir dan batin, dalam surah al-Ahzab, AQ sebut pasal pakaian dalam rumah dan luar rumah, dan Ibn Abbas sebagai pakar tafsir menjelaskan maksud dua ayat ini. Jadi tidak benar, bahawa mahram boleh melihat payu dara perempuan dalam rumah kerana ia kelazimannya wanita masih berpakaian lengkap dalam rumah cuma pakaiannya ialah bukan jilbab, memadai T-Shirt sahaja. Atau tidak benar, bahawa wanita Islam boleh pakai mini skirt dalam rumah mendedahkan pahanya. Ini bukanlah tabi'at wanita Islam. sekian