SJ-12-0179 : isteri boleh katakan tidak!!?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0179 : isteri boleh katakan tidak!!?

salam..

seorang pensyarah saya ada menyatakan bahawa isteri mempunyai hak untuk mengatakan tidak kepada suami untuk sebarang urusan rumah tangga.

contohnya, klu baby terbangun pagi2 buta menangis, si isteri berhak untuk menolak menjalankan tugas dan si suami perlulah menggantikan isteri utk waktu itu.

dia menyatakan yg tanggungjawab rumahtangga adalah tertakluk kepada perjanjian dan persefahaman yg dipersetujui oleh kedua belah pihak. adapun, apa yg diamalkan oleh para suami isteri sekarang adalah satu kebiasaan hasil didikan budaya dan ianya bukan berasal dari agama.

jadi, soalan saya, benarkan kenyataan pensyarah saya di atas ttg hak2 seorang isteri? dia juga menyatakan ada hadis2 yg sahih melalui amalan nabi dan para sahabat yg menunjukkan isteri mempunyai hak sedemikian.

mohon penjelasan. allahu a'lam

SJ-12-0179 : isteri boleh katakan tidak!!?

wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi af_feirays dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Perkahwinan adalah satu ikatan murni diantara dua pihak. Ia di asaskan dengan konsep kesefahaman diantara satu sama lain. Allah swt menjadikan manusia ini berpasang-pasangan kerana suami dan isteri itu mempunyai peranan masing2. Contohnya, wanita lebih pandai menguruskan rumah daripada suami, suami lebih cekap dan kuat untuk mencari sumber pendapatan dsb.

Walau dalam apa keadaan pun, Yang Maha Pencipta amat mengetahui akan peranan si-suami sebagai pelindung kepada si-isteri. Firman Allah swt :-

ÇáÑøöÌóÇáõ ÞóæøóÇãõæäó Úóáóì ÇáäøöÓóÇÁö
dir="ltr">"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...." [Surah al-Nisaa' : 34]

Maka dengan itu kita lihat bahawa lelaki telah ditugaskan melakukan tanggung-jawab sebagai pelindung, sebagaimana wanita lebih cekap didalam menjaga anak dan kerja-kerja rumah. Inilah keseimbangan peranan suami dan isteri.

Didalam Islam, kewajipan mencari nafkah adalah tertanggung kepada kamu lelaki, dan wanita tidak wajib mencari nafkah. Misalnya walaupun si-isteri merupakan orang kaya, tanggung jawab mencari reski masih lagi pada si-suami.

Setiap keta'atan yang dilakukan oleh si-isteri, Allah swt akan memberi ganjaran kepadanya. Lihatlah betapa Islam membayar usaha-usaha si-isteri dengan ganjaran yang banyak, walaupun mereka menjalankan tugas-tugas kebiasaan mereka.

Keta'atan si-isteri kepada si-suami ada hadnya. Nabi :saw bersabda :-

áÇ ØÇÚÉ áãÎáæÞ Ýí ãÚÕíÉ ÇáÎÇáÞ
dir="ltr">"Tidak ta'at seseorang kepada makhluk didalam berbuat maksiat kepada Tuhannya" [Riwayat Daruquthni. Ibn Qayyim menghatakan Sahih didalam 'Alaam al-Muwaqi'in]

Keta'atan seorang isteri itu biarlah munasabah; dengan ertikata tidak di salah gunakan oleh suami. Mereka juga mempunyai hak. Firman Allah swt :-

æóáóåõäøó ãöËúáõ ÇáøóÐöí Úóáóíúåöäøó ÈöÇáúãóÚúÑõæÝ
dir="ltr">"....Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara')... " [surah al-Baqarah : 228].

Nabi :saw juga bersabda :

ÎíÑßã ÎíÑßã áÃåáå æÃäÇ ÎíÑßã áÃåáí
dir="ltr">"Yang baik dikalangan kami adalah mereka yang baik kepada isterinya, dan aku terbaik dikalangan kamu kepada isteri-isteriku"

Persoalannya sekarang, adakah tugas memasak, menjaga rumah dsb itu wajib kepada kaum wanita? Apakah tugas ini telah disenaraikan didalam agama?

Imam al-Quthubi mengatakan bahawa perkara ini adalah 'Urf, yang juga menjadi asas kepada hukum syariah. Contohnya didalam situasi sekarang, bagi suami yang mampu, isteri melayan suami dalam bentuk yang berbeza, kerana mereka mempunyai orang gaji yang melakukan kerja-kerja memasak dan urusan kemas-mengemas. Bagi yang tidak mampu, secara adatnya, isteri akan melakukan semua pekerjaan di rumah.

Jumhur ulama' mengatakan bahawa tugas-tugas wanita dirumah itu bukan satu kewajipan, malah ia satu tugas sukarela yang baik, walaupun minoriti ulama' mengatakan tugas itu wajib. Khilaf ulama' ini menunjukkan bahawa si-suami hendaklah melayan isteri dengan cara yang terbaik, dan berkompromi di dalam pelbagai sudut yang munasabah. Sheikh Jibrin mengatakan bahawa ADAT ('urf) pada zaman Nabi :saw wanita melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak dsb. Akan tetapi, beliau mengatakan bahawa isteri-isteri janganlah dibebankan dengan perkara-perkara yang tidak mampu mereka lakukan.

Kesimpulan - Mengatakan 'TIDAK' bukanlah caranya berinteraksi isteri dengan suaminya. Suami isteri perlu berbincang dan berdiskusi mengenai perkara-perkara rumah-tangga yang ditunjukkan secara umum oleh Islam. Secara 'urf, memanglah tempat wanita itu didalam penmgurusan rumah, akan tetapi jumhur ulama' mengatakan ia bukannya wajib. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين