SJ-12-0190 : masalah keluarga

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0190 : masalah keluarga

:salam

saya hanya ingin pendapat...

isteri sy menyalahkan sy apabila sy memberitahunya bahawa ibu sy tidak larat utk menjaga anak sy yg dijangka lahir pd akhir thn ini. sy faham keadaan ibu sy dan tak mahu menyusahkan ibu sy.

namun,isteri sy pula mengatakan ibu sy tak sudi menjaga cucu sendiri dan dia byk menghina ibu sy dan pernah menyatakan menyesal kawin dgn sy dan menyesal dpt famili mertua spt ibu sy.

saya faham isteri sy risau jika meninggalkan baby kami kpd org lain, ttp pada masa yg sama sy tidak mahu menyusahkan ibu sy lg. Ibu sy dah byk berkorban utk sy dan ini masa utk ibu sy berehat.

saya mmg bercadang nk mencari org menjaga baby sy nnt,ttp hal ini tidak menyenangkan hati isteri sy.

sy dpt terima klu isteri sy hanya susah hati krn terpaksa meninggalkan baby kami kpd org lain,ttp hati sy terluka apabila dia mengata yg tak baik ttg ibu sy dan juga menyesal kawin dgn sy.

harap dpt bantuan atas cara bagaimana ingin menasihati isteri sy dan menyelesaikan masalah ini.

terima kasih.

SJ-12-0190 : masalah keluarga

:wassalam

al-Jawab:

Pabila bertembung antara ibu dan isteri, sebagai anak jantan anda hendaklah mengutamakan ibu anda kerana ibu tidak dapat ditukar ganti sedangkan isteri boleh diceraikan atau ditambah hingga memenuhi quota empat anda.
Inilah maksud ayat 23 surah alIsraa' (dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan SEBAIK-BAIKnya)

HR BUkhari-Muslim dari Abu Hurayra, seorang lelaki datang bertanya kepada RasuluLlah saw apakah yg lebih berhak dijaga hubungannya? Nabi menjawab ibumu sebanyak 3X.

Adapun masalah anak anda itu menjadi tugas anda mencari pengasuhnya atau pembantu. sekian