SJ-12-0211 : Amalan wanita yg tak boleh berpuasa

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0211 : Amalan wanita yg tak boleh berpuasa

:salam Sesungguhnya banyak beribadat di bulan Ramadhan ikhlas semata2 kerana Allah akan mendapat ganjaran yg lumayan. Bagaimanapun ada wanita yg tak dapat meneruskan puasanya maka tidak dapatlah dia bersembahyang malam di penghujung Ramadhan. Sebagai ganti, apakah amalan2 ibadat yg boleh dilakukan oleh wanita2 ini untuk mendapatkan keredaan Allah SWT?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0211 : Amalan wanita yg tak boleh berpuasa

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Akhi menakbar dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Wanita haidh dilarang melakukan amal ibadat seperti bersolat, berpuasa dan bertawaf mengelilingi Ka'abah. Walaubagaimanapun, mereka masih boleh melakukan beberapa amal ibadat lain pada bulan Ramadhan seperti :-

1. Membaca al-Quran (tanpa menyentuh Mushaf). Ini merupakan pandangan Imam Malik rh dan Imam Ahmad rh, dan dirasakan benar menurut Ibn Taimiyyah rh dan al-Shawkaani rh. Wanita yang berjanabah sahaja yang diharamkan membaca al-Quran.

2. Memperbanyakkan Zikir seperti Subhaan Allah, Laillahaillah, Alhamdulillah dsb.

3. Beristighfar memohon pengampunan dari Allah, seperti Astaghfir Allah.

4. Berdo'a kepada Allah memohon kebahgian didunia dan akhirat. Nabi :saw bersabda : "Do'a itu ibadat" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi, 2370]

Sekian, wassalam

خيرالأمين