SJ-12-0226 : Nasihat hal Rumah Tangga

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0226 : Nasihat hal Rumah Tangga

salam

Soalan ini saya dapat dari seorang Sahabat Maya saya...Mohon agar Ahli Panel Al-Ahkam dapat bantu kawan ini (wanita) menghadapi krisis rumah tangganya segera untuk menyelamatkan keadaan...

"Syurga sorg bini di bwh tapak kaki laki, kata lah bila pompuan tu kawin lain, so syurga dia sure di bwh tapak kaki laki baru dia, kalau dia buat baik dgn laki baru tentu bole masuk syurga tapi mcm mana dosa dia dgn laki yg lama.

mcm mana pula kalau pompuan tu dah diceraikan, adakah syurga dia kembali semula di bwh kaki ibu dia

Bahagia cuma pada suami tapi tidak pada si isteri, so adakah perkahwinan yg kurang bahagia mesti dipertahankan di dlm islam, coz islam tak menggalakkan cerai berai tetapi mcm mana jika si isteri mmg dah tak bole tahan dgn suami, sehingga isteri mengalami tekanan perasaan yg amat mendalam tanpa pegetahuan si suami krn isteri takut suami akan naik berang jika isteri memberitahu apa yg terpendam di dlm hati nye selama ini, atau si isteri tak nak si suami dpt high blood pressure bila tahu isteri dah fed-up hidup dgn dia. so kerana nak menjaga hati suami, si isteri harus menyeksa dirinye sendiri. adakah ini yg islam inginkan?

SJ-12-0226 : Nasihat hal Rumah Tangga

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
"Syurga sorg bini di bwh tapak kaki laki, kata lah bila pompuan tu kawin lain, so syurga dia sure di bwh tapak kaki laki baru dia, kalau dia buat baik dgn laki baru tentu bole masuk syurga tapi mcm mana dosa dia dgn laki yg lama.

1. Ungkapan 'syurga di bawah tapak kaki suami' kami tidak mendapatinya dalam hadis setakat pencarian kami. Yang ada ialah: hadis tentang syurga di bawah kaki ibu, iaitu:

- Hadis tentang seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: "Adakah kamu mempunyai ibu?" Jawabnya: "Ya". Kata Nabi: "Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya". Direkod oleh Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).

Tetapi dari sudut makna, kesolehan seorg isteri dan ketaatan pada suamiya adalah faktor untuk masuk syurga.

2. Apabila seorang isteri bercerai, dan berkahwin lelaki lain, ketaatannya mestilah pada suami barunya. Tetapi, dosanya dengan suami lama mestilah diminta ampun kepada Allah. dan jika berkaitan dengan hak-hak bekas suami, mestilah diserahkan balik kpdnya atau diminta halal.

Quote:
mcm mana pula kalau pompuan tu dah diceraikan, adakah syurga dia kembali semula di bwh kaki ibu dia

Berbuat baik dan taat ibu bapa tidak dihadkan kepada org bujang sahaja. Sehingga kahwin pun, masih wajib berbuat baik pada ibu bapa. Cuma, bg wanita, hak dan ketaatan kepada suami adalah mengatasi hak-hak ibu bapa.

Jadi, apabila bercerai, si janda ini terlepas dari hak-hak suami. Hak-hak terhadap ibu bapa tetap seperti asal. Iaitu wajib mentaatinya.

Quote:
Bahagia cuma pada suami tapi tidak pada si isteri, so adakah perkahwinan yg kurang bahagia mesti dipertahankan di dlm islam, coz islam tak menggalakkan cerai berai tetapi mcm mana jika si isteri mmg dah tak bole tahan dgn suami, sehingga isteri mengalami tekanan perasaan yg amat mendalam tanpa pegetahuan si suami krn isteri takut suami akan naik berang jika isteri memberitahu apa yg terpendam di dlm hati nye selama ini, atau si isteri tak nak si suami dpt high blood pressure bila tahu isteri dah fed-up hidup dgn dia. so kerana nak menjaga hati suami, si isteri harus menyeksa dirinye sendiri. adakah ini yg islam inginkan?

Apabila berlaku kes isteri benci suami atas sebab2 tertentu, maka dibenarkan dalam Islam dia menuntut KHULU' atau dipanggil tebus talak. Iaitu: perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri yang mana suami enggan melafazkan cerai tetapi bersetuju sekiranya dia dibayar. Bayaran tersebut mungkin sama nilai dengan mas kahwin atau jumlah yang tertentu.

Wallahu A'lam.