assalamualaikum,
saya adalah seorg remaja yg berumur 22 tahun, ada seorang rakan lelaki yang saya kenal, dia seorang yg baik dan beragama. dia cuba memikat saya, saya dapat rasakan melalui reaksi dan gayanya yag baik melayan saya.
bagaimanakah untuk saya respon hal ini?
:wassalam
al-Jawab:
jika anda sudah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga. suruhlah dia menyusuri tatasusila agama kita. Proses merisik, bertunang dan ijab dan qabul. itulah jalan agama kita yang sudah lama diamalkan. Yang ditegah agama ialah kita mengikuti resam Barat, boyfriend-girlfriend, berkhalwat, memadu kasih tanpa pengetahuan orang tua kita hingga terjebak dalam muqaddimah zina dan ada yang terlanjur. Langkah awal anda ialah membuka fail atau database mengenai jejaka tsb...kumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai dirinya, latarbelakang agamanya, keluarga (nasab), akhlak, pekerjaannya, hobi dsbnya. jatuh cinta sebelum berkahwin itu dibolehkan.
Dalilnya., maksud sebuah hadith HR Ibn Majah
" tidak terlihat di antara dua orang yang saling menyintai seperti perkahwinan." disahihkan oleh alAlbani, silsilah alsahihah (624), berkata alhafidz Ibn Hajar, adanya keadaan di mana seorang jatuh cinta kepada lelaki yang miskin walhal ibubapanya menginginkan calon menantu yg kaya. Tapi wanita itu mengutamakan cinta. Maka sebab itulah Nabi saw menyebut hadith itu. (alFath, 11/122)
sekian