SJ-12-0230 : Aurat dengan ibu saudara isteri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0230 : Aurat dengan ibu saudara isteri

:salam

Adakah ibu saudara sebelah isteri ataupun isteri kepada bapa saudara sebelah isteri termasuk dalam kategori mahram?

Begitu juga mohon penjelasan berkenaan kedudukan bapa saudara/ ibu saudara dalam Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

:wassalam

SJ-12-0230 : Aurat dengan ibu saudara isteri

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ibu saudara sebelah isteri TIDAK termasuk kepada MAHRAM kerana Mushaharah (besan/ipar) Atau Sebab Pernikahan. Kerana mahram kategori tersebut hanyalah terhad kepada :-

a. Menantu lelaki dengan mertua wanitanya, atau ibu dari isteri (mertua wanita).
b. Suami dengan anak wanita dari isteri (anak tiri yang wanita).
c. Mertua laki-laki dengan menantu perempuannya, atau isteri dari anak laki-lakinya.
d. Lelaki dengan ibu tirinya, atau isteri dari bapa.

Ibu saudara Ipar statusnya adalah Mahram muaqqat (sementara). Yang diharamkan adalah berkahwin dengannya (semasa dia masih bersuami), kerana dia adalah isteri Bapa saudara kamu (isteri orang). Hukum yang lain termasuklah :-

a. Haram bersentuhan.
b. Haram berdua-duan (khalwat).
c. Haram bemusafir berdua.
d. Haramnya untuk melihat atau terlihat sebahagian aurat seperti kepala, rambut, tangan dan kaki. Seluruh tubuh wanita itu menjadi aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.

--------------

Quote:
Begitu juga mohon penjelasan berkenaan kedudukan bapa saudara/ ibu saudara dalam Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31:

-Bapa Saudara sebelah suami - maksudnya, Isteri anda tidak boleh mendedahkan aurat kepada Bapa saudara anda dan termasuklah sentuhan yang boleh membatalkan wudhu'.

-Ibu Saudara sebelah isteri - sebagaimana yang kita sebutkan diatas, anda juga tidak boleh mendedahkan aurat kepada Ibu saudara sebelah isteri dan sebaliknya.

Kedua-dua kategori ini termasuklah didalam ayat diatas secara UMUM larangan mendedahkan aurat dan perhiasan mereka, seperti mana maksud awal ayat tersebut.

Ibu Saudara sebelah isteri hanyalah Mahram Sementara (tidak boleh dikahwini semnetara waktu sahaja), iaitu sementara mereka masih bersuami. Maka aurat perlu dijaga apabila berhadapan dengan mereka.

Begitu juga dengan Bapa Saudara sebelah suami juga merupakan Mahram Sementara (tidak boleh dikahwini semnetara waktu sahaja) bagi isteri kamu. Maka aurat perlu dijaga apabila berhadapan dengan mereka. WA.

خيرالأمين