SJ-12-0264 :wanita pakai seluar & kambing makan ternakan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0264 :wanita pakai seluar & kambing makan ternakan

1)seorangperempuan memakai seluar dan apakah syarat2nya?adakah rujukan kitabnya ?

2)adakah boleh kita makan daging kambing yang telah memakan rumput3 di tanah orang dan ditempat awam?adakah kitab rujukannya? mohon penjelasan

SJ-12-0264 :wanita pakai seluar & kambing makan ternakan

al-Jawab:

1) Wanita pakai celana

Lihat SJ-12-0263
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35202

2) Apabila kita makan daging kambing, tidak wajib kita menyelidiki padang ragutnya.
Dalilnya: dari Urwah dari azZubair dari 'Aisyah ra

( ÓãæÇ Çááå Úáíå æßáæå ) Terjemahnya: " sebutlah nama Allah atasnya (daging) dan makanlah." [Bukhari (2057)]

Ada suatu kaum yang baru memeluk Islam bertanyakan Nabi SAW perihal mereka dihadiahkan daging dari suatu kaum yang mana mereka tidak pasti apakah mereka ada menyebut nama Allah ketika menyembelihnya..maka Nabi saw bersabda demikian, maka keluarlah kaedah, " apa yg ghaib bagi kita, jangan kita tanyakan"
Rujukan: Halal dan Haram dalam Islam (68)

Apabila kita datang untuk membeli kambing hidup dari sebuah goat farm (ladang kambing) yang menternak kambing-kambingnya dan kita menyaksikan bahawa kambingnya selalu memasuki kebun dan tanah2 orang ramai tanpa izin tuannya, maka sudah tentu kita kena jauhinya.

Dalilnya: Hadith # 06 dalam Matan arba'in anNawawiyah (Koleksi hadith 40 Imam Nawawi) iaitu hadith perihal anjuran menjauhi yang haran dan syubhat. Maka kambing yang diternak kemudian memasuki tanah orang ramai itu adalah haiwan yg syubhat kerana anda mengetahuinya.
Kata azZuhri, tidak ada masalah seseorang makan sesuatu jika ia tidak mengetahui halal dan haramnya, tapi jika dia mengetahuinya, maka ia hendaklah menjauhinya.

Rujukan: Jami' alUloom wal Hikam karya Ibn Rajab al-Hanbali pada mensyarah hadith 40. sekian WA