SJ-12-0302 : Anggota yg biasa zahir adakah aurat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0302 : Anggota yg biasa zahir adakah aurat?

assalamu'alaikum.

merujuk pada link berikut: link

sejak kecil saya menganggap aurat sesama wanita islam ialah dari pusat hingga lutut. saya tak ingat siapa yg ajar. mungkin di sekolah. tapi sekarang saya tak jumpe nas yg menyokong pengetahuan ini..

persoalan saya, pada tafsiran ayat "kecuali yg (biasa) nampak dari padanya" AQ 24:31 ...
bagaimana dengan wanita-wanita islam yg memang biasa mendedahkan lebih daripada macam yg telah disebutkan (leher,rambut,etc)? misalnya mereka memang biasa memakai mini skirt di depan ahli keluarga dan kawan-kawan. adakah dikira telah membuka aurat?

saya pernah bercakap dengan salah seorang drpd mereka, kerana menyangka dia telah membuka auratnya kepada saya. lalu dia meragui perlunya tutup misalnya peha, sesama wanita islam. jawapan "ini bukanlah tabi'at wanita Islam" pula seolah merujuk kepada kebiasaan. saya berharap mendapat kepastian dalam hal ini....

terima kasih.

SJ-12-0302 : Anggota yg biasa zahir adakah aurat?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
sejak kecil saya menganggap aurat sesama wanita islam ialah dari pusat hingga lutut. saya tak ingat siapa yg ajar. mungkin di sekolah. tapi sekarang saya tak jumpe nas yg menyokong pengetahuan ini..

Tidak benar kenyataan bahawa aurat wanita di hadapan wanita atau di hadapan mahram ialah antara pusat dan lutut.

Yang benar ialah, yang dinaskan dalam Quran:

æáÇ íÈÏíä ÒíäÊåä ÅáÇ áÈÚæáÊåä Ãæ ÂÈÇÆåä Ãæ ÂÈÇÁ ÈÚæáÊåä Ãæ ÃÈäÇÆåä Ãæ ÃÈäÇÁ ÈÚæáÊåä Ãæ ÅÎæÇäåä Ãæ Èäí ÅÎæÇäåä Ãæ Èäí ÃÎæÇÊåä Ãæ äÓÇÆåä Ãæ ãÇ ãáßÊ ÃíãÇäåä Ãæ ÇáÊÇÈÚíä ÛíÑ Ãæáí ÇáÅÑÈÉ ãä ÇáÑÌÇá

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31).

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib. Contohnya:
- tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
- lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
- kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
- betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
- kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

Quote:
persoalan saya, pada tafsiran ayat "kecuali yg (biasa) nampak dari padanya" AQ 24:31 ...
bagaimana dengan wanita-wanita islam yg memang biasa mendedahkan lebih daripada macam yg telah disebutkan (leher,rambut,etc)? misalnya mereka memang biasa memakai mini skirt di depan ahli keluarga dan kawan-kawan. adakah dikira telah membuka aurat?
saya pernah bercakap dengan salah seorang drpd mereka, kerana menyangka dia telah membuka auratnya kepada saya. lalu dia meragui perlunya tutup misalnya peha, sesama wanita islam. jawapan "ini bukanlah tabi'at wanita Islam" pula seolah merujuk kepada kebiasaan. saya berharap mendapat kepastian dalam hal ini....

Apabila syarak telah mengharamkan membuka aurat, maka ia tidak boleh dikecualikan dengan alasan adat kebiasaan. Kerana setiap adat yang menyalahi syarak adalah adat yang tidak muktabar. Syarak mengiktibar adat sebagai sandaran hukum dalam perkara yang tidak menyalahi nas syarak. (Syarah Qawaed, Al-Zarqa' 1/218)