SJ-12-0357 : kemusykilan aurat, bersalaman dan wali

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0357 : kemusykilan aurat, bersalaman dan wali

Assalamualaikum

Saya sudah berkahwin dengan seorang wanita yang keluarganya berlatarbelakngkan agama. Akan tetapi timbul persoalan dalam bab mahram ni.

1) Adakah boleh isteri saya bersalaman dan buka aurat dengan sepupu lelaki iaitu anak kepada bapa saudara sebelah bapanya (bapa mertua saya). Atau lebih mudah anak lelaki kepada adik /abang bapa mertua saya.

2) Alasan ,mereka mengatakan mereka boleh menjadi wali. akan tetapi adakah wali selain bapa, adik beradik, datuk dan pakcik boleh dianggap mahram. Sedangkan dari ilmu cetek saya sepupu lelaki adalah mahram.????

3)Batalkah wuduknya kalau hal ini berlaku?

4) Bolehkah jelaskan susunan wali yang mahram dan tidak? (maaf saya jahil)

5) Adakah dalil yang dapat mengukuhkan jawapan ustaz? kerana saya perlukan untuk menjelaskan kepada ibu dan bapa mertua saya yang ilmunya lebih tinggi dari saya.

Sekiranya kefahaman saya ini salah, mohon panel dapat perbetulkan.
Sekian, mohon menuntut ilmu.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: kemusykilan aurat, bersalaman dan wali

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Sepupu tidak termasuk dalam kategori Mahram. Jadi, hukum aurat dan bersalaman sama seperti lelaki lain yang bukan mahram. Maka isteri saudara tidak boleh membuka aurat zahirnya di hadapan sepupu lelakinya.

2) Tidak semestinya seorang lelaki boleh menjadi wali kepada wanita, maka dia dikira mahram kepadanya. Ia dua bab yang berbeza. Bab Mahram dan Bab Wilayah (Perwalian).

Contohnya dalam Bab Perwalian, seorang wanita yang tidak mempunyai wali dari kalangan keluarganya, maka wali baginya ialah pemerintah. Adakah pemerintah boleh melihat aurat dan bersalaman dengan wanita tersebut? Tidak sama sekali.

3) Hukum batal wudhuk atau tidak batal wudhuk, sama seperti dia menyentuh lelaki lain.

4) Susunan wali bagi kategori wali keluarga, adalah seperti berikut:

- ayah
- datuk (ayah kepada ayah) hingga ke peringkat atas
- saudara lelaki seibu sebapa, atau sebapa
- sepupu saudara lelaki, dari adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa
- bapa saudara seibu sebapa, atau sebapa
- sepupu lelaki dari bapa saudara seibu sebapa atau sebapa
- kemudian, sekalian asabah-asabah lain...

Turutannya sama seperti dalam masalah pusaka, kecuali beberapa masalah.

Wallahu A'lam.