SJ-13-0005 : Bilangan ayat didalam al quran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0005 : Bilangan ayat didalam al quran

Asm, saya dan seorang kawan bercadang mengujudkan satu aplikasi komputer utk terjemahan alquran dalam versi melayu (versi english sudah sedia). Kawan saya tersebut meminta saya membuat salinan terjemahan melayu tersebut yg mana katanya mempunyai 6236 ayat (mengikut terjemahan english yg telah dibuat beliau).

Selepas siap disalin saya dapati semua ayat berjumlah 6240 ayat. Setahu saya alquran mengandungi 6666 ayat. Boleh saudara/saudari bantu saya.

Untuk makluman terjemahan tersebut saya perolehi dari laman quran.al-islam.com

re: SJ-13-0005 : Bilangan ayat didalam al quran

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab persoalan sdr adikabang dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Jumlah bilangan ayat al-Quran ialah sebanyak 6236 ayat. Ini adalah pandangan yang masyhur yang diambil dari versi Kufa, dari Abi Abdul Rahman bin Habib Al-Sulami yang diambil dari Ali bin Abi Thaalib menurut apa yang di catat oleh Al-Syathibi didalam bukunya NaaZhimatu Al-Zuhar (äÇÙãÉ ÇáÒåÑ ). Didalam kitab mushaf Madinah kini pun jumlah ayatnya adalah sebanyak 6236 (Sila lihat Mushaf Madinah pada appandixnya yang berjudul : Ta'rif Haza Al-Mushaf Al-Syarif) . Jumlah ayat al-Quran sebanyak 6666 ayat tidak dikenali asal sumbernya.

Perbezaan pengiraan ini hanyalah perbezaan ijtihad para ulama' tafsir, sebagai contoh, sebahagian ulama' tafsir berpendapat bahawa Basmalah adalah sebahagian dari Al-Fatihah, maka jumlah menjadi 7 ayat. Dan ada dikalangan mereka tidak memasukkan basmalah, maka ayat Al-Fatihah menjadi 6 jumlah ayatnya. Menurut Ibn Al-Arabi bahawa permasalahan pengiraan Al-Quran disebabkan dikalangannya terdapat ayat-ayat yang panjang dan pendik, darinya kemungkinan tidak sempurna berhenti ayat/kalam dsb. Pada zaman Nabi saw sendiri pun, tidak ada rwiayat yag menceritakan ayat-ayat al-Quran ini pernah di kira. Namun demikian ulama sepakat, bahwa Al-Quran itu terdiri dari 114 surah, serta 30 juz.

Alhamdulilah, web site quran.al-islam.com merupakan satu website al-Quran yang baik, yang dikeluarkan oleh perisian Harf Information Technology yang merupakan syarikat perisian yang mengeluarkan perisian-perisian agama. Mereka telah lama meneribitkan Perisian Al-Quran, hadith dan kitab-kitab Arab dibawah nama syarikat komputer Sakhr sebelum mereka menjadi bergerak sendiri. Walahu'alam.

wassalam.

خيرالأمين