SJ-13-0006 : Tolong......(Sapu muka selepas memberi salam)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0006 : Tolong......(Sapu muka selepas memberi salam)

Assalamualaikum....

:? Ana ada sedikit persoalan agama seperti berikut:-

1. Apakah bacaan semasa semasa menyapu muka dengan tangan kanan selepas memberi salam kedua dalam solat ? Adakah ia diharuskan dalam mazhab Syafie ?

2. Adakah benar amalan menyapu muka selepas tahiyyat tidak ada dalam amalan sunnah ?

2. Apakah hukum menggantung / mem"frame" gambar diri sendiri, keluarga, pemimpin, ulama sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia dengan niat tidak mengagungkan gambar tersebut ?

Wallahua'lam

re: SJ-13-0006 : Tolong......(Sapu muka selepas memberi sala

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr kakashi dengan kadar kemampuan yang ada Insyaallah.

1) Saya meminta ma'af kerana belum menemui bacaan-bacaan yang biasa dilakukan oleh kebiasaan orang awam yang mengamalkan sapu muka dengan tangan kanan selepas selesai memberi salam. Setelah merujuk kepada beberapa buku Mazhab Syafie sepeti Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie, Mughni Al-Muhtaaj, Al-Fiqh Al-Islami dll, tidak pula saya berjumpa dengan amalan-amalan seperti itu. Malah ianya tidak dianjurkan langsung didalam mana-mana Mazhab yang empat. Yang saya ketemui do'a yang biasa dibaca semasa memberi salam kekanan ialah : 'Allahumma AdhilNaa Al-Jannah' (Çááåã ÃÏÎáäÇ ÇáÌäÉ), dan semasa memberi salam kekiri membaca : 'WaAsaluka Al-Najjah Min Al-Naar'(æÃÓÃáß ÇáäÌÇÉ ãä ÇáäÇÑ). Do'a ini pun tidak ada asalnya didalam mana-mana Mazhab yang empat.

2) Seperti yang saya sebutkan didalam jawapan no:1, bahawa do'a menyapu muka selepas salam, atau do'a selepas memberi salam tidak terdapat didalam mana-mana dalil yang sahih. Amalan do'a : (Çááåã ÃÏÎáäÇ ÇáÌäÉ¡ æÃÓÃáß ÇáäÌÇÉ ãä ÇáäÇÑ) semasa memberi salam kanan dan kiri adalah merupakan satu bid'ah yang dibenci kepada sesiapa yang melakukan. Ibn Taimiyah didalam buknya Majmu' fatawa (22/492) telah menjelaskan bahawa amalan ini merupakan satu amalan penambahan didalam solat yang banyak dilakukan oleh orang-orang awam. Kata Sheikh Masyhur Hassan Salman :-

ËÇáËÇð : ÓÆá ÇÈä ÊíãíÉ Úä ÑÌá ÅÐÇ Óáã Úä íãíäå íÞæá : ÇáÓáÇã Úáíßã æ ÑÍãÉ Çááå ¡ ÃÓÃáß ÇáÝæÒ ÈÇáÌäøÉ ¡ æÚä ÔãÇáå : ÇáÓáÇã Úáíßã ¡ ÃÓÃáß ÇáäøÌÇÉ ãä ÇáäÇÑ ¡ Ýåá åÐÇ ãßÑæå Ãã áÇ ¿

ÝÃÌÇÈ : ÇáÍãÏ ááå ¡ äÚã íßÑå åÐÇ ¡ áÃä åÐÇ ÈÏÚÉ ¡ ÝÅä åÐÇ áã íÝÚáå ÑÓæá Çááå ¡ æáÇ ÇÓÊÍÈøå ÃÍÏ ãä ÇáÚáãÇÁ ¡ æåÐÇ ÅÍÏÇË ÏÚÇÁ Ýí ÇáÕøáÇÉ Ýí ÛíÑ ãÍáå ¡ íÝÕá ÈÃÍÏåãÇ Èíä ÇáÊÓáíãÊíä ¡ æíÕá ÇáÊÓáíãÉ ÈÇáÂÎÑ ¡ æáíÓ áÃÍÏ ÝÕá ÇáÕÝÉ ÇáãÔÑæÚÉ Úáì åÐÇ ßãÇ áæ ÞÇá : ÓãÚ Çááå áãä ÍãÏå ¡ ÃÓÃáß ÇáÝæÒ ÈÇáÌäÉ ¡ ÑÈäÇ æ áß ÇáÍãÏ ¡ ÃÓÃáß ÇáäÌÇÉ ãä ÇáäÇÑ ¡ æ ÃãËÇá Ðáß


"Ketiga : Ibn Taimiyah telah ditanya mengenai seorang lelaki apabila memberi salam kanan berkata : Assalamu'alaikum wrbt, Asaluka Al-Fauuz bi Al-Jannah, dan kirinya membaca Asaluka Al-Najjah Min Al-Naar, Apakah ini Makruh atau tidak?

Jawab beliau : Alhamdulillah, Benar, ia sesuatu yang dibenci, kerana sesungguhnya ini adalah bid'ah, kerana sesungguhnya tidak dilakukannya oleh Rasulullah saw, tidak di sunnatkan dari seorang pun dikalangan ulama', ini adalah satu do'a yang baru dicipta didalam solat yang bukan pada tempatnya, memisahkan diantara dua salam, dan menyambung kepada salam yang lain, dan bukanlah ia merupakan kaifiat(kaedah) pemisahan yang menurut syara'sebagaimana ia berkata ,Sami Allahhu Liman Hamidah, Asaluka Al-Fauuz bi Al-Jannah, Rabbana wa lalaka Al-Hamdu, dan Asaluka Al-Najjah Min Al-Naar; begitulah contohnya." - [Qaul Mubin fi Akhaa' Al-Mushallin, ms 167.]

Kesimpulannya, perbuatan do'a-do'a tambahan yang dilakukan didalam salam dan sebagainya, tidaklah ia datang dari Nabi saw, maka hendaklah kita menghindari dari melakukannya. Mengenai sapu muka selepas memberi salam kedua, jika ia berlaku dengan tidak sengaja, atau kebiasaan yang agak sukar dibuang, kita mohon agar Allah mema'afkan perbuatan tersebut, oleh kerana ia adalah diluar kawalan kita. Bagi menamatkan perbincangan ini, saya ingin memetik persoalan yang sama yang telah dijawab oleh sahabat saya, Al-Fadhil Ustaz thtl :

Quote:
Jawapan dari Al-Fadhil Ustaz thtl mengenai amalan menyapu muka dengan tangan selepas salam :-

Punca khilafnya sudah dikenalpasti. Ia berpunca dari hadis yg dikeluarkan oleh Tabarani dan Ibn alSunny (Dha'ef menurut Imam Syawkani, Nailool Awthor, 2/346) Ia juga berasal dari hadis keluaran Abu Daud, Termudzi, Ibn Majah, Ahmad dan Tabarani," jika salah seorang kamu berdo'a, kemudian mengangkat tangannya, maka sesungguhnya Allah menjadikan kedua tangan tadi barokah dan rahmat, dan Allah tidak akan menolak kedua tangannya sampai diusapkan kepada wajahnya." hadis in juga dha'ef menurut Syawkani; alHafeedz Ibn Hajar.

Aliran salafiya yg menyeru kepada mengikuti ajaran salaf mencela kita melakukan sesuatu amalan yg tidak ada asalnya dari salaf, namun jalan tengah ialah kita toleran dgn amalan yg popular ini kerana ia mutawatir (dilakukan orang banyak) dan jika mencegahnya dgn keras maka mereka akan menjadi bingung dan berselisih. Kita toleran dalam bid'ah yg kecil-kecilan yg tidak menyentuh akidah dan wajibat atau muharramat, maka amalan ini tidak perlu kita ributkan. Saya sendiri pun amalkan kerana sudah menjadi tabi'at atau malakah (darah daging sejak kecil) dan sukar sekali menghindarinya. WA

sumber : SJ-2149: Sapu muka lepas salam, url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=9584

3) Hukum menggantung gambar photo menurut ulama'-ulama' kontemporer adalah harus, selagi mana tidak ada unsur-unsur memuliakan (ta'zim), mensucikan (takdis) atau pun unsur-unsur berbangga-bangga dan sebagainya. Ada juga ulama' yang melarang kecuali jika ia benar-benar diperlukan seperti Kad Pengenalan, Passpot dsb. seperti mana yang disebut oleh Dr Ahmad Haji Al-Kurdi, ahli majlis fatwa Kuwait (Ensaiklopedia Fiqh Kuwait):

ÝåÐÇ ÇáãæÖæÚ ããÇ ÇÎÊáÝ Ýíå ÇáÝÞåÇÁ ÇáãÚÇÕÑæä¡ æÇáÐí íÑÌÎÍ áÏíì ÇáãäÚ ãäå ÅáÇ Ýí ÍÇáÉ ÇáÖÑæÑÉ æÇáÍÇÌÉ ÇáãÇÓÉ.
"Maka perkara ini yang di perselisihkan oleh ulama'-ulama' kontemporer, dan rajih disisi mereka melarangnya melainkan didalam ha-hal yang dalurat dan wujud keperluan". [sumber : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=9351#18147]

Walaubagaimanapun, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa photografi tidaklah sama dengan ukiran-ukiran yang sebagaimana dilarang didalam hadith-hadith. Menurut beliau :-

æÃãÇ ÇáÕæÑ ÇáÔãÓíÉ (ÇáÝæÊæÛÑÇÝíÉ) ÝÇáÃÕá ÝíåÇ ÇáÅÈÇÍÉ¡ ãÇ áã íÔÊãá ãæÖæÚ ÇáÕæÑÉ Úáì ãÍÑã¡ ßÊÞÏíÓ ÕÇÍÈåÇ ÊÞÏíÓÇ ÏíäíÇ¡ Ãæ ÊÚÙíãå ÊÚÙíãÇ ÏäíæíÇ¡ æÎÇÕÉ ÅÐÇ ßÇä ÇáãÚÙã ãä Ãåá ÇáßÝÑ æÇáÝÓÇÞ ßÇáæËäííä æÇáÔíæÚííä æÇáÝäÇäíä ÇáãäÍÑÝíä.
"Mengenai gambar photo (tangkapan cahaya - photografi) pada asalnya adalah harus, tidak termasuk didalammya gambar perkara--perkara yang haram, seperti mensucikan (memuliakan) sesuatu kumpulan atau mensucikan (memuliakan) agamanya, atau membesarkan kebesaran agama, lebih-lebih lagi yang dibesarkan adalah ahli-ahli kufar dan fasik seperti penyembah berhala, komunis dan artis-artis yang sesat." - [dari buku Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam, Al-Baabu Al-Thani, url : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=1177&version=1&template_id=5&parent_id=12]

Dengan kata lain, asalkan gambar-gambar photo itu bebas dari unsur-unsur haram, menggantungkannya bukan untuk memulia dan mengagungkannya, maka ia dibolehkan. Banyak juga ulama'-ulama' besar seperti bekas Ketua Majlis Fatwa al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr menggantung photo mereka dirumahnya. WA.

wassalam.
----------------
Rujukan

1. 3. Shiekh Abu Ubidah Masyhur Hasan Salmaan. Al-Qaul Al-Mubin fi Akhthaa' Al-Mushalliin. cetakan ke 4. Dammaam : Dar Ibn Qayyim, 1996. ms 167

2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam. cetakan ke 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.

خيرالأمين