SJ-13-0112 : Perbezaan Hakim, Hakam & Tahkim

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0112 : Perbezaan Hakim, Hakam & Tahkim

:salam

Apa perbezaan hakim, hakam dan tahkim dari sudut bahasa dan istilah???

Dan lg satu apa dia bezanya antara...zakat, hadiah, sedekah, hibah???

Bleh bg cth2 nyer skali takk???

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0112 : Perbezaan Hakim, Hakam & Tahkim

Jawapan dari Syiekh tytsezh

Takrif Kehakiman (al-Qada`)

Dr Karim Zaidan mendefinasikan sebagai;

`Menghakimi dan mengadili antara beberapa pihak yang bertikai berdasarkan Undang-Undang Islam dan dengan tatacara atau prosedur tertentu`-Nizam al-Qada` ms 13.

Secara mudahnya Hakim ialah mereka yang dilantik oleh pemerintah bagi tugas tersebut(menghakimi dan mengadili)Istilah yang digunakan dalam Kitab-Kitab Fiqh ialah Qhadi.Hakim lebih umum dan merujuk kepada pemerintah itu sendiri.

Tahkim: Segi bahasa `memberi kuasa menjatuhkan hukuman kepada seseorang.Istilah nya ialah `satu proses dimana pihak yang bertikai melantik seseorang menjadi hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul diantara mereka berlandaskan hukum syarak

Secara mudahnya Hakam atau muhakkam oarang dilantik untuk megadili mereka yang bertikai itu.

Kedudukan `Tahkim` lebih rendah dari `al-Qadha`.(perlu huraian detail lagi termasuk huraian dalil pensyariatan,hak atau perkara yang boleh ditahkimkan,kelayakan hakam dll).InsyaAllah.

Contoh: Tahkim dalam penyelesaian Syiqaq.(konflik rumahtangga).

Asasnya jika isteri nususz maka cara berikut perlu diambil :\\

Pertama: Nasihat yang baik;
Kedua; pisah tempat tidur;
ketika;pukul yang tidak mencederakan

(Rujuk al-Nisa`:34)

Jika ketiga cara diatas gagal dari menahan berlaku syiqaq,maka apakah boleh dijadikaan alasan perceraian?

Hanafi/satu pandangan dari Syafie/hambali- tidak patut syiqaq dijadikan alasan
Pandangan lain dari Syafieyah/Hambali dan Maliki: wajar dijadikan alasan.

Maka jika mengikut pandangan kedua wajar perceraian dibuat melalui proses tahkim.(Rujuk al-Nisa`:35)

Siapa yang bertanggunjawab lantik Hakam?

ada 6 pandangan mengenainya(rujuk kitab-kitab tafsir mengenai ini dalam penafsiran al-Nisa`:35)

Amalan di Malaysia.

Jika permohonan cerai dibuat dan salah satu pihak(lelaki khususnya) enggan bercerai,maka hakim akan merujuk pada jawatankuasa pendamai jika jawatan kuasa tersebut memperakukan tak perlu cerai makan kes seleesai dan jika sebaliknya Mahkamah akan menasihatkan suami melafazkan talak.Jika masih berlaku syiqaq(suami enggan lafaz ) maka hakam akan dilantik,amalan biasa pihak suami/steri akan melantik hakam mereka sendiri,satu pengistaharan perlantikan hakam dan wakalah hakam dibuta didepan Hakim Syarie,dan Hakim kemudian menerangkan tatacara menjalankan proses tersebut.Setelah selesai proses tahkim ,Hakam pihak-pihak ini kan membuat perakuan pada mahkamah.Jika wajar bercerai,maka hakam lelaki akan melafazkan cerai.Jika sebaliknya keduanya didamaikan.Kes selesai.

Ini adalah sebahagian contoh majlis tahkim dalam kes Syiqaq berasaskan proviso dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri-Negeri.

Untuk Rujukan detail..Bahasa Melayu.Sila dapatkan Buku Risalah Ahkam OLeh Mohd Salleh Hj Ahmad(ex-Prof Madya APIUM)

خيرالأمين